Mencuba Latok by Yayan

Mencuba Latok by Yayan | Assalamu’alaikum. Kejadian bulan Mac eh ke February lupa dah hahaha. Dari Ummi kecil memang biasa makan latok ni. Tapi rasanya arwah mak sebut LATO hehehe. Dulu arwah mak suka cari sendiri kat laut bersama-sama siput sedut, berongan, ibau, lokan hehehe. Tu yang kenal dengan latok ni. Masa ke Sabah 2018, sempat jugalah makan latok ni Pasar Filipina hehe. Ummi je la layan sesorang, hero-hero ni idok le nak melayan. Pelik je muka diorang tengok Ummi makan.

Bagi jamah jiran tetangga sebelah menyebelah meja hehehe. Nampaknya diorang tak berapa suka makan hahaha. Gambar adalah dipaksa posing kahkahkah. Nasib korang lah!

Nampak tu, merimbun latok dalam bekas tu. Sambal pencicah dia tu serious sedap pada tekak Ummi. Perah pulak limau kasturi. Memang sedap! Meletop-letop gitu dalam mulut hehehe. Bagi korang yang tak biasa makan mungkin akan rasa pelik la hehehe. Ummi punya tekak sedap aje. Ehhh sambil taip sambil telan air liur. Puasa oi!

Kalau korang nak cuba, boleh contact nombor kakak kat bawah ni ya. Gigih kakak ni COD ke PTP. Actually dia kawan FB Ummi, tak kenal rapat pun. Nampak dia post promote tu yang laju je PM dia hehehe. Tapi time PKP dan puasa ni Ummi tak pastilah dia teruskan bisnes ke tak. Apa pun korang boleh je tanya dia ok.

33 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments

  1. Sedap sangat…tapi ku tengok latok ko, kemain banyak bolat-bolatnya…terus meremang plak rasa hahahahaha cecah dengan sambal belacan asam kita pun sedap Herrr..ko cubalah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *