Menu Berbuka Puasa – 6 Ramadhan 1441H

Menu Berbuka Puasa – 6 Ramadhan 1441H | Assalamu’alaikum. Update menu berbuka puasa hari ke 6. Dah setengah bulan puas hoi update belum cecah 10 hari kahkahkah. Gask la nak. Mak kau rajin sangat update blog. Even WFH, hari-hari menghadap laptop, kekadang rasa mood nak update blog tu kelaut hahaha.

Ok jom tengok apa menu kami anak-beranak.

Mee Goreng Basah berencahkan kerang lebihan dari kerang yang Babah beli untuk masak Kerang Sambal. Ummi simpan sikit untuk buat rencah mee goreng hehe. Meriah sikit mee goreng basah hari ni. Kalau hari biasa mana bahan yang ada je Ummi campak hehehe.

The one and only lauk, Daging Kambing Blackpepper idaman anak-anak Encik Nazir hahaha. Ada satu lauk pun ok je. Laju je diorang makan.

Donut empat ketul pemberian Mommy Ngah. Anak-anak buah dia kan hantu donut hehehe.

Againnnnn.. Boko Ubi dan Ouding Oreo dibeli di cafe PTP. Puding Oredo tu tak berapa nak umppphhh. Keras :p

Menu terakhir, Murtabak Labu Labi pun beli di PTP. Biasa kalau waktu kerja Ummi memang rajin pekena roti canai abang ni. Memang sedap termasuklah murtabak beliau.

Alhamdulillah settle menu berbuka puasa hari ke 6. Lepas ni kita marathon update menu hari lain. Padan muka siapa suruh rajin sangat bubuh watermark beriya. Dah banyak gambar jadi malas hahaha. Ok till then, stay safe at home!

27 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *