PKP Fasa 4 – 29 April hingga 12 Mei 2020

MCO Memories

PKP Fasa 4 – 29 April hingga 12 Mei 2020 | Hari ini, 29 April 2020 hari pertama Fasa ke 4, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order (MCO). Kebanyakan sektor ekonomi telah dibenarkan menjalankan aktiviti seperti biasa dibawah kawalan MITI, KKM dan lain-lain. Untuk kami pekerja pelabuhan, memang sejak bermulanya PKP kami adalah essential service tiada pengecualian dalam beroperasi. Cuma pihak majikan telah memberikan kebenaran kepada yang bekerja waktu pejabat untuk Work From Home (WFH), bekerja shift pagi (6am-12pm) atau shift petang (1pm-7pm). Bahagian operasi masih tetap bertugas mengikut shift masing-masing 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.

PKP dah Fasa ke 4, Ummi rasa emak-emak di rumah semakin hebat skill memasak kan? Alhamdulillah peluang yang bukan senang kita nak dapat especially bagi parents yang bekerja. Redho jek lah kan ujian untuk semua yang pasti banyak hikmahnya. Kami pun dah ready anak beranak nak beraya di rumah. Even kalau kerajaan stop PKP hingga PKP 4 sahaja, Ummi dan Babah memang tak akan suka hati beraya sakan. Kita ikutlah saranan PM dan KKM.

Oklah, Ummi nak juga bubuh tarikh penting dalam lipatan sejarah kehidupan kita semua.

Tarikh penting yang takkan kita semua lupakan sepanjang hayat:

18 MAC – 31 MAC 2020 Fasa 1
01 APR – 14 APR 2020 Fasa 2
15 APR – 28 APR 2020 Fasa 3
29 APR – 12 MEI 2020 Fasa 4

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh Malaysia

? harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter

?Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja – kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

?Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian.

?Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan

?Pita pelekat dilekatkan di atas lantai – lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan

? Restoran dan kedai – kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja.

?Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

?Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

?Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta

? Konsert, pelancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.

?Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.

?Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah – rumah ibadat ditutup.

?Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan.

?Taman permainan kanak – kanak ditutup.

?Kekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

?Kekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.

?Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

?Rak – rak di kedai menjadi kosong.

?Kilang – kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

?Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

?Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

?Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.

?Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.

? Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia.

?Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

? Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

?Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

? “Mendatarkan lengkung graf” itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata ” Kita lakukan ini bersama” dan “Kita harus menang”

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 Mac 2020 ????

Semoga kita sama-sama menghargai nyawa sendiri dan orang-orang yang kita sayang.
???

Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain – sayangi antara satu sama lain – dan sentiasa menyokong antara satu sama lain.

Loading

Related Posts

One thought on “PKP Fasa 4 – 29 April hingga 12 Mei 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!