23/04/2020
DDHN – Resipi Sambal Telur Pecah Senang, Sedap & Cepat

RESIPI SAMBAL TELUR PECAH SENANG, SEDAP & CEPAT
Bahan-bahan:
3 biji telur gred C
2 senduk cili kisar
1 biji bawang besar – potong bulat
1 biji bawang besar -kisar
2 biji bawang putih – kisar
Air asam jawa
1/2 inci halia – kisar
1/2 inci belacan
Garam & gula secukup rasa
Cara-cara memasak:
- Tumis cili kisar sehingga pecah minyak.
- Masukkan gula (tips untuk warna sambal cantik merah)
- Masukkan bawang putih dan bawang besar, halia kisar dan belacan (boleh blend sekali). Kemudian biarkan seketika.
- Masukkan air asam dan garam secukup rasa.
- Pecahkan telur sebiji-sebiji ke dalam sambal. Biarkan telur masak sehingga kental. Nak cepat masak sila tutup kuali.
- Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Siap!
- Sedia untuk dimakan bersama nasi panas.
Lauk Sambal Telur Pecah ni lauk pembuka selera. Sesuai sangatlah kalau nak dijadikan lauk masa bersahur atau berbuka puasa. Lagi-lagi bila dah kering idea nak masak apa. Senang je kan nak masak. Sedap pulak tu. Selamat mencuba!
2 Comments
Ini menu yang bakal dan akan di masak sepanjang sahur nanti hahahaha
penambah selera sis hehehe