DDHN – Resipi Roti Telur Cheese Leleh

Dari Dapur Hernee Nazir Recipes

DDHN – Resipi Roti Telur Cheese Leleh | Assalamu’alaikum. Cerita menu breakfast hari Selasa kot. Lupa pula hehe. Lost rasa duduk rumah lama-lama hahaha. Kecur tengok orang tayang kat facebook hehe. Nampak roti ada lebih lagi, terus plan nak buat Roti Telur Cheese Leleh sebab stok slice cheese pun ada hehe. Sesuai dimakan untuk breakfast mahu pun minum petang.


RESIPI ROTI TELUR CHEESE LELEH


Bahan-bahan:

Roti 4 keping (kuantiti ni ikut korang la kan nak buat banyak mana)
2 biji telur (pukul sekejap dengan garfu supaya sebati)
2 keping slice cheese
Mozarella cheese (ikut resipi Ummi google diorang tak letak pun.. Ummi je saja nak letak kasi ummphhhh hehehe)
Secubit garam dan gula
Sedikit butter untuk menggoreng

Cara-cara Membuat Roti Telur Cheese Leleh:

Letakkan slice cheese dan mozarella cheese atas roti dan lapikkan dengan sekeping roti lagi.

Potong roti menjadi 4 potongan kecil.

Celupkan setiap kepingan ke dalam telur yang telah dicampur dengan garam dan sedikit gula.

Panaskan kuali dengan sedikit butter.

Masukkan kepingan roti yang telah dicelup dengan telur. Goreng sehingga warna keperangan.

Taraaaaaaa.. first batch dah siappppppppp..

Haaaa nampak tu ada cheese meleleh la sikit hehehe. Sedap lemak-lemak gitu kan hehehe. Makin berlemak la Ummi kau lepas tamat tempoh PKP ni hahaha. Ummi buat 4 keping roti dapatlah dalam 8 keping Roti Telur Cheese Leleh ni. Malas buat bebanyak yang makannya Ummi, Babah dan Syahid je hahaha. Abang-abang? hmmmmm bertuah la kalau diorang nak makan hehehe.

Sepanjang PKP ni, Ummi mampu buat minum petang beriya sikit time weekend je la. Sebabnya walaupun duduk dirumah, tapi Ummi still bekerja “Work From Home”. Lepas office hour la baru Ummi gorengkan diorang karipap ke.. kentang goreng ke. Syok je tengok ibu-ibu yang memang cuti sepanjang PKP ni, banyak dapat buat menu best-best kan hehehe. Apa pun alhamdulillah la kan. Sekurang-kurangnya anak-anak Ummi ada depan mata saat wabak COVID-19 bermaharajalela.

Stay safe uolls.. stay at home ok. Masaklah selagi anak-anak nak makan ye dok? Kalau buntu nak buat breakfast or minum petang apa, silalah buat Roti Telur Cheese Leleh hehe. Babai!

Loading

Related Posts

3 thoughts on “DDHN – Resipi Roti Telur Cheese Leleh

  1. biasa buat mcm ni cuma x letak mozarella je.. tp bagus jugak idea terus potong 4 ni kan.. nampak banyak.. lagi2 ramai askar dlm rumah ni.. hahah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!