“Fire Barber & Hijab Salon” Kedai Gunting Rambut Lelaki & Muslimah di B5 Johor Street Market

🚒 🔥 FIRE BARBER & HIJAB SALON 🔥 🚒Masa ronda-ronda B5 Johor Street Market, Ummi tertarik dengan keunikan hiasan dalaman…

Dikirim oleh herneenazir[dot]com pada Senin, 09 Maret 2020

🚒 🔥 FIRE BARBER & HIJAB SALON 🔥 🚒

“Fire Barber & Hijab Salon” Kedai Gunting Rambut Lelaki & Muslimah di B5 Johor Street Market | Assalamu’alaikum. Masa ronda-ronda B5 Johor Street Market, Ummi tertarik dengan keunikan hiasan dalaman kedai gunting rambut ‘Fire Barber & Hijab Salon’ yang agak hipster ni. Ada hiasan bertemakan anggota Bomba, JDT, Coca Cola dan vintage.

Apa lagi Ummi singgah la sekejap menemuramah pemilik salon ni Encik Saiful dan anaknya. Kedai gunting rambut beliau ni berkonsepkan kekeluargaan demi memastikan para pelanggan terutamanya kanak-kanak selesa bila berada di sini.

Barulah Ummi tahu, rupa-rupanya pemilik salon ni adalah anggota Bomba. Anaknya pun adalah anggota Bomba. No wonder lah nama dan konsep hiasan berkaitan dengan Bomba hehehe. Mereka sekeluarga mempunyai minat yang sama. Anak dan juga isteri beliau juga mempunyai bakat menggunting rambut.

Untuk muslimah, jangan bimbang uolls bolehlah ke Hijab Salon yang diuruskan oleh Puan Norasykin. Orangnya ramah tamah. Ummi jumpa di sesi yang berlainan. Masa ni kami datang B5JSM dan lepak depan kedai diorang sambil makan cendol durian Cendol Kampung Hulu. Kebetulan Puan Norasykin sedang menjamu selera dengan anak dara beliau.

Korang yang nak dapatkan khidmat gunting rambut, bolehlah ke sini ya. Nanti bolehlah kami anak beranak cuba khidmat gunting rambut kat sini. Kalau nak tahu, pemain bola sepak JDT pun antara pelanggan salon ni tau 😉

FIRE BARBER & HIJAB SALON Fire Barbershop

📍Lot BP02 – Box Park, B5 Johor Street Market
🕙 10am – 10pm (dibuka setiap hari)

Harga Kanak-kanak – RM15
Harga Dewasa – RM25
+ Cuci – RM40
Harga Hijab Salon – RM25

Facebook: Fire Barbershop
https://www.facebook.com/Rahimibarber

Instagram: https://www.instagram.com/firebarber_jb

Facebook: Hijab Salon
https://www.facebook.com/HijabSalon

Instagram:
https://www.instagram.com/firehijabsalon_jb

Info lanjut:
Saiful | 011-26819291

#firebarbershop #firehijabsalon #firebarberhijabsalon #B5JohorStreetMarket #visitjohor2020 #JomTurun #JomPegiB5 #DahBukakWei #TourismJohor #bloggerjohor #JDTBlogger #herneenazirdotcom

 130 total views,  2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *