The Ilhams Menyaksikan JDT vs Suwon Samsung Bluewings di Stadium Sultan Ibrahim

The Ilhams Menyaksikan JDT vs Suwon Samsung Bluewings di Stadium Sultan Ibrahim | Assalamu’alaikum. Panjang tajuk mak kau! hahaha. Akhirnya impian dua ketul budak nak ke stadium baru JDT, Stadium Sultan Ibrahim tercapai jua. Babah dah inform awal-awal, dia nak bawa budak dua ketul ni tengok game ni. Sebab biasanya ACL tak ramai orang. Tapi dia pesan jangan berharap sangat kot la tak dapat beli tiket kan hehe.

Pesanan Ummi kat The Ilhams, make sure balik sekolah siapkan homework dan tidur kat rumah Opah. Supaya tak mengantuk nanti. Ummi sebenarnya cuak diorang meragam esok paginya bila nak pergi sekolah hehehe. Tapi apa susah, minyak cedarwood kan ada. Diorang tidur Ummi lumur la minyak tu, bagi mood bangun tidur tu bersemangat sikit. Lagi satu pesanan Ummi kat Babah, jangan lupa snap gambar sampai sana hahaha. Satu je la dia hutang gambar kat luar stadium.

Nahhhh.. gambar diorang kat Stadium Sultan Ibrahim. Pergi berempat dengan Uncle Cu. Mula-mula Uncle Cu ajak naik motor. Kang macamana la rupa budak dua ketul ni kalau tertidur atas motor hahaha. Sudahnya naik kereta je.

Ummi tanya best tak dik pergi stadium? “Best tau Ummi .. Syamil dengar arahan Babah.. nanti Syamil nak pergi lagi”. Opppssss itu kena tanya Babah.

Abang ok tak? “Ok.. best Ummi.. stadium besar cantik.. JDT menang” Muka masa cerita ni dah sememeh dah. Muka mengantuk gila. Letak kepala terus terbongkang sampai pagi hahaha.

Haaa Uncle Cu belanja satu gambar dengan Abang Ilham. Stadium dah dekat ni memang menjadi la Babah dengan Uncle Cu ni haha. Suka hati uolls la kan. Ummi, Mama Cu dan Syahid senangkan hati dinner kat Restoran Saujana hahaha. Tapi Ummi senyap-senyap je. Babah je yang tahu, kalau abang-abang tahu habislah Ummi kena bebel tak ajak diorang hahaha.

Apa pun tahniah JDT. Teruskan mengukir nama di arena bola sepak antarabangsa. We are proud to be Johorean!

 390 total views,  1 views today

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!