Babah Ilhams ke Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim 22 Februari 2020

Babah Ilhams ke Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim 22 Februari 2020

Babah Ilhams ke Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim 22 Februari 2020 | Assalamu’alaikum. Cerita Sabtu lepas, Babah ke Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri. Kemain excited nak ke stadium baru kan.

Semangat Babah beli jersi baru JDT sampai 2 helai terus dibelinya. Dapatlah 4 tiket grand stand ni. Mula-mula Ummi macam nak ikut, sekali memikirkan 3 ketul tu hmmm pasghah la Ummi tengok live dari facebook Johor Southern Tigers je hahaha. Siap pesan Babah ambil gambar banyak-banyak. Tapi ini je yang diberinya hahaha. Tanya tak ada ke gambar Babah selfie? Dia kata segan nak selfie orang ramai hahaha. Adoiiii segan benor, kalau Ummi dah berduyun gambar Ummi snap.

Minta gambar stadium ni jek dia bagi hahaha.. jadilah bukti Babah dah ke sana. Oh ya, Jumaat ni perlawanan Piala Sumbangsih 2020 antara JDT dan Kedah, insha Allah kalau tak ada aral melintang The Ilhams (except Syahid) bakal ikut Babah ke stadium. Almaklumlah dah dekat sangat dengan rumah kasi can la sekali dua mamat-mamat tu join Babah.

Ummi tengok live facebook pun teruja apa lagi mereka yang ada dalam stadium tu kan. Serious gempak gila. Congrats TMJ and team. I’m proud to be Johorean! Kami dengar bumi dentam dentum bunga api je dari rumah. Uisyhhhh kuat gila macam ada perang kat negara seberang hahahaha.

Cantikkan view Stadium Sultan Ibrahim.

Stadium Sultan Ibrahim telah dirasmikan oleh Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor pada 22 Februari 2020.

FAKTA MENARIK TENTANG STADIUM SULTAN IBRAHIM

  • Stadium Sultan Ibrahim merupakan stadium bola sepak di Iskandar Puteri, Johor, Malaysia. Ia dinamakan sempena penghormatan raja negeri Johor iaitu Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
  • Sebagai stadium baru Johor Darul Ta’zim FC untuk Liga Super Malaysia bermula tahun 2020, stadium itu menggantikan Stadium Larkin yang telah menempatkan pasukan semasa dan pasukan bola sepak Johor sebelumnya sejak tahun 1964. Jumlah kos pembinaan dianggarkan sebanyak RM 200 juta. Stadium ini mempunyai kapasiti untuk 40,000 penonton dan dibuka pada 22 Februari 2020.

REKA BENTUK STADIUM SULTAN IBRAHIM

  • Diilhamkan dari mahkota, konsep dan reka bentuk akhir telah diumumkan oleh Tunku Ismail dalam upacara yang diadakan di Iskandar Puteri, Johor.
  • Stadium ini terletak dalam 140,000 meter persegi dengan jumlah kawasan yang dibina sebanyak 70,000 meter persegi dan boleh menampung sehingga 40,000 penonton. 
  • Kemudahan padang jenis Zeon Zoysia, reka bentuk stadium diilhamkan daripada bentuk daun pisang, sekaligus dianggap tercanggih di rantau Asia Tenggara.
  • Stadium Sultan Ibrahim mencapai piawaian yang ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
  • LED merah, biru dan putih (warna bendera Johor) dipasang di luar stadium untuk pencahayaan pada waktu malam.  
  • Stadium ini juga termasuk ibu pejabat kelab, pusat latihan dan megastore. 
  • Ujian terowong angin integral untuk reka bentuk stadium telah dijalankan oleh Guangdong Provincial Research Group Research, anak syarikat Guangdong Construction Engineering Group Co Ltd.

Babah Ilhams ke Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim 22 Februari 2020

Bangga betul jadi anak jati Johor. Cantik gila Stadium Sultan Ibrahim ni. One day Ummi mesti ke sana nanti.

Ummi tanya Babah, masa dua ekor harimau (Dengkes dan Tepok) keluar mengaum atas bumbung tu ada nampak ke? Babah kata tak ada, dia pun tengok pada screen. Perghhh serious gempak gila masa tu. Rupanya itu adalah imej janaan komputer (CGI) dan hologram yang menampilkan dua ekor harimau bertarung di dalam stadium. Canggih betul. Ummi yang jakun :p

Peta kawasan tempat letak kenderaan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor. Untuk korang yang nak tengok Piala Sumbangsih Jumaat ni, hati-hati di jalan raya. Konfem jem lagi jalan Gelang Patah – Lima Kedai tu kan. Bertabah la kekawan yang duduk area sana especially yang duduk di Rumah Iskandar hehehe. Again.. congrats to TMJ and JDT! Buat peminat bola sepak yang berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim, sila jaga tatasusila ya. Jaga kebersihan dan ketrampilan stadium kesayangan TMJ dan Bangsa Johor. Stadium Sultan Ibrahim tu dah cukup canggih dan memang terbukti tercanggih di Asia Tenggara, sila jangan buat onar ya. Till then, babai!

Credit Info: Wikipedia
Credit Photos: Johor Southern Tigers

Baca juga: The Ilhams Menyaksikan JDT vs Suwon Samsung Bluewings di Stadium Sultan Ibrahim

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

5 Comments

  1. cantikk dan meriah kak.. kite x tengok live, tp nampak org share pun dah excited tgk siap harimau2 lagi tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *