Mee Celup Kelantan Sedap di KR Warung Kampung Kg. Paya Mengkuang

Foods Review

Mee Celup Kelantan Sedap di KR Warung Kampung Kg. Paya Mengkuang | Assalamu’alaikum. cerita minum petang dihujung minggu. Ni masa Ummi belum start suku-suku separuh tau hehehe. Boring petang-petang tak ada aktiviti, Mama Cu ajak pekena mee celup kelantan di KR WARUNG KAMPUNG, Kampung Paya Mengkuang. Apa lagi jom!

? Menu:

Mee Celup Kelantan (Bihun/ Mee Kuning/ Kuey Teow) – RM5 ? PERCUMA Air Sirap @ Teh O Ais
Maggi Celup – RM5.50
Keropok Lekor/ Pisang Goreng – 4 keping RM1
Teh Ais Cincau – RM2
Milky Caramel Cincau – RM3

Ummi makan Bihun Celup.. sedap hirup kuah panas-panas.. keropok lekor dan pisang goreng pun sedap.. nak try teh ais cincau tak ada, jadi Ummi try Milky Caramel Cincau.. sedap rupanya.. tak kedekut cincau.. Kata Mama Cu macam rasa minum cincau dalam bulan puasa hahaha.. Korang yang stay sekitar Mukim Tanjung Kupang ni boleh la try minum petang kat sini.. sedap dan harga berpatutan..

Keropok Lekor ni sedap dan rangup. Sebenarnya Mama Cu ada ambil pisang goreng tapi Ummi lupa nak snap hehehe.

Milky Caramel Cincau boleh tahan sedap. Meriah dengan cincau. Dijamin halal. Ikutkan nak try teh ais cincau tapi tak ada pulak hari tu, Tu yang order air ni je.

❇️ KR WARUNG KAMPUNG ❇️

? Kampung Paya Mengkuang, 81560 Gelang Patah, Johor.

(Berhadapan Kedai Runcit Hj. Masood)

? 2pm – 6.30pm
Dibuka setiap hari Khamis – Isnin
Tutup❗ Selasa & Rabu

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh klik lini kat bawah ni ya..

http://www.wasap.my/601116810529

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Mee Celup Kelantan Sedap di KR Warung Kampung Kg. Paya Mengkuang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!