Aneka Resepi Menggunakan Ayam Brand Saba Mackerel Flakes

Aneka Resepi Menggunakan Ayam Brand Saba Mackerel Flakes | Assalamu’alaikum. Hari ni Ummi nak kongsikan aneka resepi menggunakan Saba Mackerel Flakes keluaran dari Ayam Brand. So far Ummi dah cuba dua resepi menggunakan Ayam Brand Saba Mackerel Flakes ni tapi resepi suka suki buat sendiri. Nanti Ummi akan kongsikan resepinya. Tapi yang kat bawah ni amsih belum cuba lagi. Maybe one fine day. Kalau korang nak cuba boleh rujuk resepi di bawah ni ya.

Boleh baca info berkenan Saba Mackerel Flakes di entri di bawah ni ya.

Sup Mee Saba Pedas

  • Untuk 4 hidangan

Bahan-Bahan

  • 200g mi pilihan anda
  • 1 tangkai serai
  • 4 daun bawang, dihiris
  • 8 daun ketumbar, dihiris
  • 2 liter stok ikan
  • 270 ml santan
  • 2 tin Ayam Brand Saba Mackerel Chili

Cara Penyediaan

  1. Masak mi, tos kan air dan asingkan.
  2. Potong bahagian bawah serai lebih kurang 10cm dan buang lebihan bahagian atas.
  3. Rebus stok ikan dalam periuk yang besar dengan serai, daun bawang dan sos ikan sehingga mendidih.
  4. Masukkan mi, daun ketumbar, santan dan chili saba.
  5. Kecilkan api dan biarkan selama 2 minit. Buang serai sebelum dihidang.

Saba Chutney

  • Untuk 4 Hidangan

Bahan-Bahan

  • 1 tin Ayam Brand Saba Mackerel in Mayonnaise (dengan minyak)
  • 100ml santan kelapa
  • 4 cili padi hijau
  • 8 batang daun mint 
  • 6 batang ketumbar segar
  • 100g bawang merah
  • Garam dan gula mengikut rasa

Mengisar

  1. Kisar semua bahan-bahan dan hidang sejuk sebagai dip dengan chips atau roti

Onigiri Saba

•  Untuk 4 Hidangan

Bahan-Bahan

•  120g nasi sushi

•  1 tin Ayam Brand Saba Mackerel dalam Mayonis

•  2 keping rumpai laut yang dipanggang, hiris 4 cm lebar 

•  1 acuan onigiri

Cara Penyediaan

  1. Bahagikan nasi sushi kepada lapan bahagian
  2. Letakkan satu bahagian nasi ke dalam acuan onigiri.
  3. Masukkan satu sudu Saba daripada tin ke dalam acuan.
  4. Tutup acuan dengan sabahgian lagi nasi.  
  5. Letakkan penutup acuan onigiri dan tekan kuat dengan tapak tangan.
  6. Tekan keluar onigiri dan balut bahagian bawah dengan rumpai laut yang dipanggang.
  7. Ulang sampai kesemua bahan-bahan sudah habis diguna.

Sushi Saba

  • Untuk 4 Hidangan

Bahan-Bahan

  • 1/2 timun, dihiris memanjang
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 bawang, dihiris nipis
  • 2 cawan nasi Jepun, ataupun basmati
  • 1 sudu besar bijan, dipanggang 2 minit.
  • 1 kepingan nori
  • 1 tin Ayam Brand Saba Mackerel in Mayonis

Cara Penyediaan

  1. Campurkan stok ikan, mirin, air, kicap cair dan gula dalam mangkuk.
  2. Kita mesti mengacaunya sehingga kesemua gula larut sepenuhnya.
  3. Kemudian, tuangkannya diatas nasi dan campurkan. Nasi sushi telah sedia.
  4. Letakkan kepingan nori diatas tikar penggulung buluh.
  5. Ambilkan sedikit nasi dan letakkan disebelah kepingan nori.
  6. Letakkan timun dan ketulan saba secara memanjang. Kita tambahkan sedikit hirisan bawang dan bijan.
  7. Gulungkan menggunakan tikar dan basahkan penghujung kepingan nori dengan sedikit air supaya ia dapat ditutup sepenuhnya. Ia sebenarnya senang setelah anda mencubanya beberapa kali.

 497 total views,  1 views today

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!