BentoUmmiIlhams | Koleksi Menu Sihat Ummi 12 – 17 Jan 2020 – Assalamu’alaikum. Koleksi bekalan Ummi dan menu acah-acah suku-suku separuh di rumah.. dari 11 – 17 Jan 2020.. minggu pertama berbekal ke office.. sampai bila? sampai kurus 😂😂 harap-harap tak terbabaslah bangun masak di subuh hari.
Supportlah sikit orang nak slim and fit ni.. hmmmmm.. #roadto55kg katanya.. 🤭🤭 Ummi punya berat dah overweight ni tu yang gigih la jaga makan kekonon. Senaman baru dapat buat ringan-ringan dulu. Bersalin ceaserean agak seram nak beriya sangat hehehe. Sebenarnya Ummi ada geng kat office misi turunkan berat badan ni.
menu 110120
🍚 nasi putih 1 senduk
🐟 asam rebus ikan kembung
🥬 kacang buncis + capsicum
🥒 timun
🍊 limau sunkist
menu 120120
🍚 nasi putih 1 senduk
🐟 ikan kembung grill
🥬 mixed vege (capsicum, brokoli, mushroom)
🍎 buah naga
#bentotheilhams 130120
🍚 nasi putih 1 senduk
🍗 bulgogi ayam (guna bulgogi paste Ommason.. sedap)
🥬 bulgogi mixed vege (mushroom, capsicum, brokoli)
🍈 jambu batu
#bentoummiilhams 130120
kunyah2.. kacang pistachio
susu full cream tu top up sebab rasa kelaparan 😂😂😂
#bentoummiilhams 140120
breakfast
🌮 tuna wrap (wholemeal tortilla wrap)
panaskan wrap, masukkan daun salad, letak tuna, bubuh potongan timun, carrot, capsicum)
kunyah2.. jambu batu
air lemon + green tea + madu
lunch
🍚 nasi putih 1 senduk
🍗 bulgogi ayam (repeat lagi 😜)
🥬 kacang buncis + capsicum grill + salad (grill dan bubuh black pepper)
🍏 epal ijo
dinner
🥪 egg sandwich with grilled vege.. asal boleh je.. sayur tu sekali untuk lauk Babah.. sumbah jek lah dengan telur jadikan sandwich 🤭
#bentoummiilhams 150120
breakfast
🥪 egg sandwich (timum, tomato, capsicum, salad) tabur sikit lada sulah kat telur tu.. sedap jek.. janji kenyang 😂
kunyah-kunyah.. jagung kukus.. anak-anak nak bekal sweet corn.. ummi dan syahid terjebak lah kunyah jagung kukus ni.. syahid bekal bubur jagung.. senang ummi kau nak masak sekali harung..
lunch
🍚 nasi putih sepenumbuk syahid 🤣
🐟 ikan kembung grill (perap dengan paste bulgogi)
🥬 mixed vege (mushroom, capsicum, brokoli ditaburi jagung)
🍎 dragon fruit
kunyah2.. epal ijo.. badam
standby.. ummi kau takut lapar di petang hari 🤣🤣
#bentoummiilhams 160120
breakfast
Minced Beef Wrap
Wholemeal tortilla wrap, seaweed, grilled minced beef dan mixed vege (muhsroom, capsicum, bawang holland, carrot) bentangkan wrap dan seaweed, letakkan bahan-bahan lain di atasnya dan wraplah asal nampak rupa wrap hahaha. sedap!
lunch
Korean Lunch Box (1/2 rice, kimchi, beef bulgogi, japchae, egg roll & honey anchovies.
lunch ni macam biasa Ummi beli dengan Halmeoni Kitchen. My all time favourite korean lunch box hehehe.
kunyah-kunyah.. jambu batu & kacang pistachio
#bentoummiilhams 170120
breakfast
Temaki Sushi (Hand Roll)
ecehhhh kemain lagi temaki kata dia.. ni versi ada tambahan wholemeal bread. yang kat dalam tu ada tuna, capsicum, carrot, timun jepun dan bawang holland.. potong memanjang macam temaki kat sushi king tu then balutlah dengan seweed aka nori. apa rasa? sedap uolls. macam tak cukup satu dia punya sedap hahaha.
Oleh kerana hari jumaat half day, jadi Ummi tak bekal untuk lunch. Balik rumah baru masak untuk lunch.
lunch
🍚 nasi putih
🍗 ayam masak halia + mixed vege
🍎 epal merah
first time masak ayam masak halia. ehhh sedap rupanya lagi-lagi yang healthy version. bubuh la berapa banyak pun sayur mayur korang suka. oh kalau korang perasan sayur-sayuran yang ummi guna sama je repeat hari-hari kan hehehe. Ye lah, time shopping sayur beli banyak, jadi bedal jek lah selagi ada stok dalam peti sejuk. janji sayur yang ko suka dan sedap hehehe.
ok next post Ummi share hasil seminggu acah-acah makan sihat ni ya. doakan Ummi kurus :p