Fakta Penting Novel Coronavirus (2019 – nCoV) | Tanda-tanda Jangkitan & Cara Mencegah Coronavirus

Health

Fakta Penting Novel Coronavirus (2019 – nCoV) – Tanda-tanda Jangkitan & Cara Mencegah Coronavirus | Assalamu’alaikum. Belum pun habis isu jangkitan virus Infleunza A, kini kita harus berjaga-jaga pula dengan Novel Coronavirus (2019 – nCoV). Nampaknya Novel Coronavirus ni lebih ganas dari influenza A. Marilah kita bejaga-jaga ya. Ambil tahu info penting tentang Novel Coronavirus termasuklah tanda-tanda jangkitan dan cara mencegahnya. Cuti CNY ni marilah kita berkurung je dalam rumah. Jangan bawa anak ke kawasan orang ramai. Ibu-ibu mengandung, yang antibodi lemah mudah sakit tolong sayangi diri uols ya, duduklah dirumah.

Fakta Penting Novel Coronavirus (2019 – nCoV)

  • 2019-nCoV merupakan keluarga coronavirus.
  • Gejala adalah demam dan sesak nafas.
  • Merupakan virus yang tidak pernah dijumpai pada manusia (novel virus).
  • Setakat 23 Januari 2020 jangkitan virus telah meningkat sebanyak 500 kes.
  • 17 kematian dilaporkan berlaku di China.

Apakah 2019-nCov (Novel Coronavirus)?

2019-nCoV berada dalam keluarga coronavirus yang sama seperti SARS dan MERS. Virus ini berasal dari Wuhan dan telah merebak ke Thailand, Jepun, Korea Selatan, Beijing, Taiwan dan Amerika Syarikat. Secara keseluruhan, terdapat 17 kematian dan 555 kes disahkan.

Apakah tanda-tanda jangkitan Coronavirus?

  • • Demam
  • • Batuk
  • • Kesukaran bernafas/ Sesak nafas

Bagaimana Coronavirus tersebar?

  • Penyebaran manusia kepada manusia.
  • Rembesan batuk dan bersin orang yang dijangkiti.
  • Menyentuh alatan pesakit dan kemudian menyentuh mulut, hidung dan mata secara langsung.

Bagaimana cara mencegah dari dijangkiti Coronavirus?

  • Kerap mencuci tangan.
  • Elakkan sentuhan terus dengan haiwan liar, daging dan kandang.
  • Elakkan dari mengambil (iaitu memakan atau meminum) sebarang produk haiwan yang mentah/ tidak dimasak dengan sempurna seperti telur, susu, daging dan sebagainya.
  • Menutup mulut dan hidung ketika bersin dan batuk.
  • Elak bersentuhan engan individu yang mempunyai gejala jangkitan Coronavirus.

Semoga kita semua dilindungi dari segala virus dan penyakit berjangkit. Na’uzubillahi min zalik.

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!