Sejukkan Tekak di R&R Coconut Shake Medan Selera Iskandar Malaysia

Foods Review

Sejukkan Tekak di R&R Coconut Shake Medan Selera Iskandar Malaysia | Assalamu’alaikum. Tengah panas berdenting ni terbayang pula coconut shake la.. mango shake R&R Coconut Shake ni aduhaiii. Nak kena cari ke macamana ni ek? Korang yang area berdekatan Medan Selera Iskandar Malaysia, meh la cuba segelas dua hehehe. Konfem repeat!

Yang duk terliur dengan Coconut Shake Klebang tu dah tak payah la susah payah nak drive jauh-jauh ke Melaka. Meh sini datang Gelang Patah. Cuba dulu R&R Coconut Shake ni ok. Jom tengok apa Daily Special Menu yang ada di R&R Coconut Shake. Yang penting, bukan coconut shake saja ok.. ada menu lain hehe.

❤️ Daily Special Menu ❤️

 Coconut Shake
 Coconut Drinks
 Mango Shake
 Iced Milk Green Tea
 Iced Milk Red Tea
 Boba Milk Green Tea
 Boba Milk Red Tea
 Cincau Milk Green Tea
 Cincau Milk Red Tea

Ummi’s all time favourite.. R&R Coconut Shake.. kalau lunch kat R&R Gelang Patah Arah Selatan, konfem order.

Now adddicted to Mango Shake. Fuuuuhhhh mantap! Full of mango.

First time rasa Iced Milk Green Tea.. not bad!

Selain air-air sedap korang juga boleh menikmati corn in cup, waffle pelbagai perisa, buah potong dan durian crepe, aneka kek dari Batrisyia Delights Cake (all time favourite Ummi.. blueberry cheese tart).. ya ampun sedap!

Lunch hour minggu lepas, oleh kerana R&R Coconut Shake dah bertapak di PTP memang hari-hari la Ummi ke sana. Kekonon tak nak makan nasi bukan sebab nak kurus ok, sebab nak makan choclate waffle hehehe.

Lagi satu ujian tekak.. dah beli waffle ehhh nak beli corn in cup pulak hehehe. Ini biasanya bekalan minum petang hehehe. Sabar je lah.

Ok korang yang nak mencuba keenakan coconut shake dan menu-menu lain boleh la datang terus ke R&R Coconut Shake di Medan Selera Iskandar Malaysia, Gelang Patah. Untuk staff PTP, silalah ke Seaman Centre ya menyejukkan tekak di kala kepanasan ni hehe. Jangan lupa korang juga boleh dapatkan minuman-minuman best ni tidak lain dan tidak bukan, di R&R Gelang Patah Arah Selatan menghala ke Singapura. Orang Singapura jangan lupa tapau sebelum balik ya hehe.

R&R COCONUT SHAKE

Lot GF14, Medan Selera Iskandar Malaysia,
81550 Gelang Patah, Johor.

Ada dua lagi branch di:

 R&R Gelang Patah Arah Selatan (Menuju ke Singapore)

 Seaman Centre, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP)

Untuk update terkini, korang boleh follow:

Facebook – Linda Jait atau R&R Coconut Shake

Loading

Related Posts

5 thoughts on “Sejukkan Tekak di R&R Coconut Shake Medan Selera Iskandar Malaysia

  1. Phewww pepanas masuk sini terus rasa sejuk badan den….
    Shedapnyaa….kalau nak delivery, sampai PG mau jadi air kelapa ek hehehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!