The Ilhams at Aki Matsuri 2019 Puteri Harbour

The Ilhams at Aki Matsuri 2019 Puteri Harbour

The Ilhams at Aki Matsuri 2019 Puteri Harbour | Assalamu’alaikum. Aktiviti kami lima beranak dua minggu lepas. Memang Ummi dah plan nak bawa The Ilhams ke event Aki Matsuri ni. Saja nak bagi diorang tengok kebudayaan masyarakat negara Jepun. Aki Matsuri ni adalah Japanese Autumz Festival. Kami datang pun dah lewat petang dan last day pulak tu.

Sebelum meronda-ronda meh la bergambar kenangan di pintu gerbang. Masuk je kawasan event, dapatlah sorang satu kipas comel.

Masa kami sampai tu, sedang berlangsungnya persembahan Japanese Traditional Dance.

Boleh tengok short video dari Ummi ni.

Ada budak sorang tu tanya Ummi BTS tak ada ke? hahaha. Kemain lagi eh. Ummi pun tak kenal BTS yang Ummi tahu orang Korea. Ni event orang Jepun bang oi.

Nampak comel je ada makcik-makcik, nenek ni dance hehe.

Orang waktu ni ramai juga tapi tak lah seramai Iskarnival. Kalau event tu biasa parking susah le jawabnya hehe. Ehhh.. ehhh.. tak lama lagi tu

Ada banyak juga booth yang turut serta. Ada booth makanan Jepun, pameran dan lain-lain lagi. Kebanyakan booth makanan yang non-halal. Kalau yang halal banyak di food truck. Oleh kerana dah ada suara-suara halus request nak makan kat Sushi King, jadi Ummi tak ambil port sangatlah makanan yang dijual di sini.

Ada bench dari pallet untuk pengunjung duduk sambil memonton persembahan.

Kalau korang teringin nak mencuba berkimono pun boleh. Nampak tu Abang Ilham dan Abang Syamil bergambar dengan makcik-makcik dari Jepun yang menyarung kimono.

Tak lepaskak peluang, Ummi nak juga bergambar dengan makcik-makcik Jepun ni.

Abang Ilham dan Abang Syamil bergambar dengan alat muzik.. gong tu kot. Nama spesifik Ummi tak pasti. Tak ada petunjuk kat situ hehe.

Sebelum balik. Posing kat sini satu kali! Cantikkan?

Kat lampu-lampu ni pun cantik. Redho je Babah kena kerah snap gambar kami.

Last but not least. Masa Ummi snap gambar Babah dengan abang-abang, spotlight mati.

Bila turn Ummi dan anak-anak ehhh muncul pulak spotlightnya.

Lepas puas hati dapat meronda di event Aki Matsuri kami menuju ke Sushi King. Nak makan kena ikut tema event ok hahaha. Event kebudayaan Jepun jadi kita ambil mood kejepunan dengan memakan sushi dan bento hehe.

Inilah all time favourite bento Babah dan abang-abang. Ummi makan tempura udon je disamping barisan sushi. Siap makan kami pulanglah ke pangkal jalan hehe. Misi membawa The Ilham ke event Aki Matsuri berjaya! Tunggu next event ya. Thanks for reading!

p/s Jangan lupa datang ke event EduCity Xperia, kita ada launching of Chillax Market di EduCity Sports Complex bermula hari ini hingga esok. Banyak lagi aktiviti menarik. Jangan lupa juga ke event Medini Big Bang di Mall of Medini. See you there!

98 total views, 3 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

4 thoughts on “The Ilhams at Aki Matsuri 2019 Puteri Harbour

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!