Pertandingan Zapin Terbuka Anjuran KEJORA Sempena Agro KEJORA 2019 – 26 Oktober 2019 | Assalamu’alaikum. Khas buat korang yang mempunyai bakat seni dalam tarian zapin.
Apa tunggu lagi, jom sertai..
PERTANDINGAN ZAPIN TERBUKA ANJURAN KEJORA SEMPENA AGRO KEJORA 2019
Tarikh: 26 Oktober 2019
Tempat: Desaru Fruit Farm, Bandar Penawar, Kota Tinggi.
Masa Pertandingan: 12.30pm – 6.30pm
Kategori yang dipertandingkan:
- Kategori Sekolah – Rendah dan Menengah
- Kategori Terbuka – Kumpulan berusia 18 tahun ke atas
Syarat-syarat Pertandinga Zapin Terbuka:
1) Penyertaan terbuka kepada semua kumpulan di Negeri Johor.
2) Setiap penyertaan tidak kurang daripada 6 orang peserta dan tidak melebihi 10 orang peserta.
3) Masa yang diberikan adalah tidak kurang 5 minit dan tidak melebihi 10 minit sahaja.
4) Pertandingan untuk 10 KUMPULAN yang mendaftar awal dan MEMBAYAR YURAN PENYERTAAN.
5) Yuran penyertaan adalah RM 30.00 setiap kumpulan dan hendaklah dibayar melalui akaun MBB 151463305638. Sila lampirkan bukti pembayaran pada pihak urusetia.
6) Tarikh tutup penyertaan sebelum atau pada 23 Oktober 19 jam 5:00 petang.
7)Tarian yang dipersembahkan hendaklah berasaskan tarian Zapin Johor yang terdapat di dalam Negeri Johor sahaja yang telah diperakukan oleh Yayasan Warisan Johor.
8)Tarian yang dipersembahkan masih lagi berpegang pada gerak zapin yang ada di Negeri Johor.
9) Setiap persembahan mesti mengandungi elemen-elemen yang terdapat di dalam zapin Johor seperti Taksim Masuk,Kopak,Ragam dan Wainab.
10) Muzik iringan boleh digunakan dengan mengunakan lagu iringan atau instrumental yang wajib sepertimana pertandingan zapin Johor. Sebarang instrumen tambahan moden tidak dibenarkan.
11) Semua perserta dimestikan memakai busana Tradisional Melayu Johor
12) Juri yang dilantik adalah terdiri daripada individu-individu yang mempunyai pengalaman dan kepakaran didalam bidang memasing
13) Pemarkahan akan diambil kira berdasarkan pembahagian berikut
- Tarian 60%
- Muzik 20%
- Busana & Tatarias 20%
14) Keputusan pengadil adalah muktamat dan sebarang bantahan tidak dilayan.
15)Hadiah bagi pemenang adalah seperti berikut :
- JOHAN SEKOLAH: Wang Tunai RM 400.00 + Sijil + Hamper
- NAIB JOHAN SEKOLAH: Wang Tunai RM 200.00 + Sijil + Hamper
- KETIGA SEKOLAH: Wang Tunai RM 100.00 + Sijil + Hamper
- BUSANA TERBAIK SEKOLAH: Wang Tunai RM 100.00 + Hamper.
- JOHAN TERBUKA: Wang tunai RM500.00 + Sijil + Hamper
- NAIB JOHAN TERBUKA: Wang tunai RM300.00 + Sijil + Hamper
- TEMPAT KETIGA TERBUKA : Wang tunai RM200.00 + Sijil + Hamper
- BUSANA TERBAIK TERBUKA : Wang tunai RM100.00 + Sijil + Hamper
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Penyelaras Pertandingan
En. Fauzzan Helmy Anuar
0123048438
En. Mohd Faizal Abas 0137247866
En. Amsyar
0197087994