Menjamu Selera di Kampung Kambing Taman Nusa Perintis 1 | Assalamu’alaikum. Cerita makan-makan is back! hehehe. Korang tahukan Ummi orang Gelang Patah. Hmm kalau tak tahu haa ni la Ummi bagitahu. Tapi kan.. ini pertama kali Ummi jejakkan kaki ke Medan Selera Iskandar Malaysia ni tau ekekeke. Sebenarnya, this place is quite new la. Bangunan ni dah lama terbina tapi baru je beberapa bulan beroperasi. Untuk pertama kalinya jom kita try Kampung Kambing. Nama pun nampak catchy.. sebenarnya nama ni adalah kesinambungan nama gerai “Kampung Burger” yang dimiliki oleh owner yang sama bertempat di R&R Gelang Patah Arah Selatan. Menu di Kampung Kambing ni pulak semuanya berasaskan kambing. Sebagai peminat kambing Ummi dan Babah sangat teruja ok hahaha. So let’s eat bebeh!
Ini recommended menu Kampung Kambing. Nampak menarik kan?
Jangan sesekali korang terjah hari Selasa. Itu hari cuti Kampung Kambing ok. Kambing nak berehat kejap! hehehe.
Tadi Ummi tunjuk gambar banner je kan. So sekarang jom cuci mata sambil telan air liur tengok the real food. Ehhhh Ummi pun lapar sama la bila teringat makanan ni semua.
❤️ Recommended Menu: ❤️
Nasi Goreng Kampung Kambing Grill – RM11
Nasi Goreng Kampung Kambing Paprik – RM12
Nasi Goreng Kampung Timbus (Gearbox) – RM12
Nasi Goreng Kampung Petai – RM8
Nasi Goreng Tomyam – RM10
Set Sup Gearbox – RM12
Jom kita tengok pinggan ke pinggan.
Nasi Goreng Kampung Kambing Grill
Close-up Nasi Goreng Kampung Kambing Grill
Sedap ok Nasi Goreng Kampung Kambing Grill ni. Nasi goreng kampungnya sedap. Cukup rasa dan bahan. Daging kambingnya memang well cooked. Gravvy pun sedap.
Next.. killer menu..
Nasi Goreng Kampung Kambing Paprik
Close-up Nasi Goreng Kampung Kambing Paprik. Sedap yang amat uolls. Serious tak tipu. Kuah paprik tu memang sedap. Kambing pun dimasak sempurna.
Nasi Goreng Kampung Timbus (Gearbox)
Close-up Nasi Goreng Kampung Timbus (Gearbox). Dihidangkan dengan semangkuk kuah sup. Kaki gearbox memang syok la menyedut isi tulang tu. Slurppp.
Satu lagi menu Ummi suka..
Nasi Goreng Tomyam.
Close-up Nasi Goreng Tomyam. Menu ni keluar sikit dari tajuk kambing. Tapi memang sedap. Puas hati dengan rasanya. Seafood segar. Dihidang dengan papadom dan kuah sup.
Nasi Goreng Kampung Petai.
Close-up Nasi Goreng Kampung Petai. Kalau korang memang peminat petai meh sini cuba. Mantap ui. Petai besar tu. Kekadang makan nasig goreng petai, petainya dipotong nipis. Tapi kat sini petai ni dipotong kasar.
Last but not least.. favourite Abang Ilham..
Set Sup Gearbox.
Close-up Set Sup Gearbox. Set ni dhidangkan bersama nasi putih dan telur dadar. Not bad la rasa dia. First round Abang Ilham makan set dup gearbox. Bila dah penat main-main eh dia request nak Nasi Goreng Tomyam pula.
Nahhh belanja gambar Babah makan Nasi Goreng Kampung Kambing Grill. Kemain senyum meleret eh Babah dapat makan sepinggan.
Menu mana yang sedap? Aci tak kalau jawab semua sedap hehehe. Semua Ummi cuba dan sedap-sedap belaka. Harga pun berpatutan. Kalau korang teringin nak cuba bolehlah ke Medan Selera Iskandar Malaysia.
Kampung Kambing juga menyediakan perkhidmatan penghantaran sekitar Gelang Patah, Iskandar Puteri dan PTP dengan minimum order 2 pax. Caj penghantaran bermula RM3. So kalau korang yang tinggal di kawasan berdekatan malas nak masak, malas nak keluar rumah bolehlah call je dan order.
Selamat mencuba uols!
KAMPUNG KAMBING
Alamat:
No 16 Jalan Medan 3 Taman Nusaperintis Gelang Patah
Waktu Perniagaan:
10 am – 10pm
(Dibuka setiap hari kecuali hari Selasa)
Macamana nak order? Boleh call nombor di bawah:
Untuk update terkini, korang boleh follow:
Facebook – Kampung Kambing
Instagram – @kampungkambing
Baca juga: Senarai Tempat Makan Sedap di Gelang Patah
Pingback: Senarai Tempat Makan Sedap di Gelang Patah – herneenazir.com