Cara Menyemak Indeks Pencemaran Udara (IPU) Malaysia

Cara Menyemak Indeks Pencemaran Udara (IPU) Malaysia | Assalamu’alaikum. Hai uolls. Happy Tuesday. Jangan silap hari ya. No Monday Blues today hehe.

Tengah hot cerita pasal jerebu. Kawasan Gelang Patah ni boleh tahan ala-ala Cameron Highland juga. Kelabu asap. Last two weeks memang sibuk kebakaran sana sini di kawasan kampung. Dalam rumah pun bau asap. Penapis udara pun sekejap-sekejap merah je. Ummi masuk office pun bau asap kuat ni. Kren-kren masih nampak lagi la. Kalau tak nampak mesti boss beso bagi cuti free kan ekekeke. One more thing, jangan tersilap pakai mask tau. Make sure uols pakai mask N95. N95 certified mask ok.

Memandangkan sekarang musim jerebu yang agak teruk di sesetengah kawasan, Ummi nak kongsikan dengan korang link untuk cek bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk kawasan korang. Ramai yang dah tahu kan, Ummi kongsi je kot ada yang terlupa. Korang boleh klik link di bawah ni ya untuk semak Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan korang.

Indeks Pencemaran Udara Malaysia/ Air Pollutant Index of Malaysia

10 Langkah Penjagaan Kesihatan Ketika Jerebu oleh Kementerian Kesihatan (KKM) 

Credit: Portal Kementerian Kesihatan Malaysia

1. Elak aktiviti fizikal di luar bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada jerebu. Aktiviti fizikal akan menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu.

2. Penganjuran aktiviti fizikal di luar bangunan dinasihat supaya ditangguhkan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.

3. Banyakkan berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang sesuai.

4. Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan.

5. Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman.

6. Gunakan pendingin hawa dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan.

7. Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga (sekurang-kurangnya lapan gelas sehari).

8. Jika mampu, pasang alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar.

9. Sentiasa awasi kesihatan anak-anak kecil dan mereka yang menghidap penyakit respiratori dan jantung kerana lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu.

10. Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya tidak sihat.

Stay safe uolls.. Stay indoors whenever possible.. again.. don’t forget to wear your N95 mask!

394 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
Posts created 4650

2 thoughts on “Cara Menyemak Indeks Pencemaran Udara (IPU) Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!