60 Pasangan Bakal Menerima Tajaan Rawatan Kesuburan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF)

TAFF simbol harapan wanita

#BuletinBernama : Seramai 60 pasangan bakal menerima tajaan rawatan kesuburan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) bulan depan yang dipilih bersempena hari keputeraan Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ke-60 tanggal 30 Julai ini.

Dikirim oleh Bernama TV pada Minggu, 28 Juli 2019

Seramai 60 pasangan bakal menerima tajaan rawatan kesuburan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) bulan depan yang dipilih bersempena hari keputeraan Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ke-60 tanggal 30 Julai ini.

CARA MEMOHON TUNKU AZIZAH FERTILITY FOUNDATION (TAFF)

KRITERIA KELAYAKAN:

1.Berdaftar sebagai pasangan suami isteri
2.Pasangan suami isteri adalah rakyat Malaysia
3.Umur isteri tidak melebihi 45 tahun
4.Bukan penderma sperma / ovum
5.Maksimum pendapatan bulanan bersama pasangan tidak melebihi RM4,000.00
6.Tempoh perkahwinan melebihi 3 tahun

JIKA MEMENUHI KRITERIA:
Pasangan hendaklah melengkapkan dan menandatangani borang permohonan berserta borang penilaian Pakar Sakit Puan

HANTAR KEPADA:
Jawatankuasa Teknikal sebagai saringan untuk penilaian

JIKA DITERIMA, HANTAR KEPADA :
Kelulusan Lembaga
**Borang permohonan boleh diperolehi dari Pusat Fertiliti yang mengambil
bahagian atau dengan menulis kepada:

Tunku Azizah Fertility Foundation
Istana Abdulaziz, Bandar Indera Mahkota
25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel. : 09-573 3241
Email : taff2004@yahoo.com

Sumber: Bernama News Channel

p/s Ummi juga faham perasaan mereka yang berusaha untuk mendapatkan zuriat. We are in the same shoes. Yang menepati kriteria silalah cuba mohon. Mana tahu rezeki korang dapat tajaan Tuanku.

 1,739 total views,  7 views today

17 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!