Memasak Lebih Mudah Dengan TOROS Pro Chef Hot Air Fryer

Memasak Lebih Mudah Dengan TOROS Pro Chef Hot Air Fryer | Assalamu’alaikum. Ummi nak kongsikan dengan korang semua Ummi’s new gadget yang bakal beraksi di dapur. Mudah-mudahan menambahkan lagi kerajinan Ummi memasak gitewwww~

Taraaaaaaa.. inilah dia TOROS PRO CHEF – HOT AIR FRYER/ MULTIFUNCTION COOKER. Abaikanlah bayang-bayang The Ilhams yang duk sibuk mengacau Ummi nak unboxing Encik Toros ni. Seriuslah bukan sekadar air fryer je tau, memang banyak lagi fungsi memasak yang boleh digunakan. Memang betul-betul multifunction cooker.

TOROS PRO CHEF – HOT AIR FRYER/ MULTIFUNCTION COOKER menggunakan Teknologi Pemanasan Pusingan 360˚. Teknologi pemanasan turbo yang unik membuat makanan masak lebih cepat, dengan kepanasan yang lebih rata. Boleh masak dengan sedikit minyak atau tanpa menggunakan minyak langsung lebih sihat hehe.

Close-up. Pandangan dari hadapan-atas. Permukaan non-stick coating pot yang mudah untuk dibersihkan. Rack tu boleh guna ikut kesesuaian masakan. List masakan yang boleh menggunakan rack ada pada manual.

Panel pelbagai fungsi. Fungsi all-in-one. Nampak yang kat bawah tu ada list makanan yang boleh dimasak menggunakan TOROS PRO CHEF – HOT AIR FRYER ni. Korang jangan bimbang, suhu dan waktu/jangkamasa memasak ada tertera di panel fungsi tersebut. Makin mudah kerja kan. Sediakan bahan-bahan masakan, set mode, tekan start dan tunggu sehingga makanan masak.

Fungsi TOROS PRO CHEF – HOT AIR FRYER/ MULTIFUNCTION COOKER:

  • Fry
  • Grill/
  • Stir Fry
  • Bake
  • Roast
  • Pizza

Korang boleh masak dengan kedudukan tegak, senget ke kiri atau ke kanan. Tujuannya untuk auto rotate pot dengan kesan seperti menggoreng.

Jom tengok video pendek percubaan pertama Ummi menggrill Ayam Madu menggunakan Encik Toros Pro Chef Air Fryer. Nanti full video Ummi post di Youtube channel Hernee Nazir ya.

Ummi buat 3 ketul je.. sudahnya berebut dengan The Ilhams. Mudah sesangat nak menggrill. Jimat masa uolls. Ayam masak secara menyeluruh. Isi ayam juicy gitu. Syamil suruh Ummi buat lagi. Ok nanti Ummi tunaikan ya. Ummi nak buat Ayam Ala Kenny Rogers. Kita masak ayam seketul nanti ya.

Transparent cover membolehkan pengguna memantau proses memasak. Tak payah la duk buka-buka cover nak tengok dah masak ke belum.  Boleh skodeng ayam tengah bersauna tu tau. The Ilhams kemain excited tengok ayam tergolek-golek. Ummi gunakan fungsi Auto Rotation yang mana potnya boleh berputar untuk kesan menggoreng. Ada juga disediakan pemegang periuk boleh tanggal (detachable) bagi memudahkan pengguna menggangkat kelaur pot yang panas.

Inilah Ayam Madu Grill hasil menggunakan TOROS Pro Chef Hot Air Fryer. Untuk menggrill ayam ni Ummi guna mode “ROAST” dengan suhu 210°C. Jangkamasa masak kalau ikut suhu tu lebih kurang 40 minit. Tapi Ummi tengok pada manual untuk grill ayam cukup 20 minit. Jadi memandangkan ayam hanya tiga ketul Ummi singkatkan masa memasak.

Ini video khas menggunakan TOROS PRO CHEF dengan pelbagai fungsi.

Info lanjut mengenai TOROS PRO CHEF – HOT AIR FRYER/ MULTIFUNCTION COOKER korang boleh klik link di bawah tu ya. Ummi ada sediakan product description sekali tu. Memang syiokkkk pakai hot air fryer ni. Kalau Ummi tahu dah lama Ummi beli hehehe. Tak sabar Ummi nak cuba satu persatu. Will share later ok.

Product Description : Toros Pro Chef Product
Code : KWT01
Accessories : Pot Handle, Rack ,Tong, Filter
Voltage : 1200w – 1400w
Tempeture : 50 ~ 240˚c
Preset Time : 12hrs
Dimension : L41 x W38 x H37
Gross weight : 6.6kgs
Price: RM799

Untuk pembelian di Shopee: http://bit.ly/TorosBlogger

Harga asal: RM 799
Diskaun 40% : RM 479 (Kempen berakhir 15 September 2019)

245 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
Posts created 4650

4 thoughts on “Memasak Lebih Mudah Dengan TOROS Pro Chef Hot Air Fryer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!