Homeschool Activities | Eksperimen Telur & Cuka. Assalamu’alaikum. Ini kisah homeschool activity sebelum Ummi bersalin. Kiranya memang minggu last sebelum Ummi terdampar di hospital hehehe. Dah lama sebenarnya Ummi nak ajak The Ilhams buat projek telur dan cuka ni tapi asyik tergendala je. Akhirnya Ummi tunaikan juga.
Bahan-bahan untuk menjalankan aktiviti EksperimenTelur & Cuka.
Objektif eksperimen ini untuk anak-anak mengamati apa perubahan dan tindakbalas yang berlaku apabila telur direndam di dalam cuka.
Prosesnya tersangatlah mudah. Hanya tuangkan sebotol cuka kedalam gelas yang berisi telur.
Pastikan telur tenggelam dan kemudian tutupkan gelas dan biarkan selama 24 jam. Sepanjang tempoh 24 jam tu boleh la nampak perubahan yang terjadi kepada telur tu. Awal-awal pun daha nampak gelembung-gelembung udara di sekitar telur. Sebenarnya ada gambar lagi yang Ummi snap menunjukkan perubahan pada kulit telur, tapi tak jumpa gambarnya. Kelihatan warna coklat juga muncul dari kulit telur menandakan warna kulit telur terhakis akibat tindakbalas cuka.
Nampak Abang Syamil yang excited dan ternganga tengok bila Ummi masukkan telur dalam cuka.
Sebenarnya eksperimen telur dan cuka kami ni dah melebihi dari tempoh 24 jam. Dah jadi berhari-hari hehehe. Dan hasilnya boleh dilihat pada gambar telur di atas,.
Hasil pemerhatian dari Eksperimen Telur dan Cuka:
Alhamdulillah, anak-anak suka sangat dengan eksperimen ni. Walau tak faham sepenuhnya lagi tapi bolehlah kan buat-buat pendedahan dengan ilmu sains hehehe. Ummi pun rasa jakun tengok telur yang dah hilang kulitnya tu. Memang kenyal tau bila pegang hehehe. Sejak dari Ummi bersalin dah 3 bulan ni kami bercuti dari buat eksperimen/ projek di rumah. Dah ada suara-suara halus tanya bila nak mula lagi. Ok, tunggu nanti Ummi dah ada list ni, tunggu masa terluang je la nanti ya.
Ok, that’s all our experiment. Till then, bye!
Like page: herneenazirdotcom