Ramadhan 2019 – Day 20

Ramadhan Al-Mubarak Ramadhan Buffet

Ramadhan 2019 – Day 20 | Assalamu’alaikum. Not too late to update hehehe. Dah puasa ke 29 tapi Ummi terhegeh-hegeh lagi update menu puasa ke 20. Well, the struggle is real! Awak ingat senang ke bila kat rumah tu nak update blog hahaha. Nak bukak pc ramai yang ngendeng. Ini Ummi blogging on the go tau sambil pegang Syahid taip seketul-seketul guna handphone. Dah la jari kurus hahaha. Ok2.. cerita Ramadhan ke 20 kami berbuka di Bricks Restaurant Legoland Malaysia Resort selepas menghadiri Launching of Sea Life Malaysia.

Inilah budak yang super duper excited bila dapat tahu Ummi dapat ke Legoland. Sempat lagi nak main sebelum berbuka. Ummi layankan je.

Jom tengok apa menu buffet Ramadhan yang ada di Bricks Restaurant ni.

Haaaa kus semangat makanan. Banyakkan? Jom tengok apa kami makan.

Ehhhh.. Mamat ni dah berbuka ui. Dia macam biasa ikut time Borneo hahaha. Selamba kodok dia makan nasi minyak. Dah lapar sangat la tu.

Abang Ilham sempat lagi main puzzle la, maze la. Nak kill the time la kan. Eh mana Babah dan Syahid? Ohhh diorang tak ikut. Memang hari Sabtu tu kira “Babah Day Care” hehehe. Thanks Babah.

Ok ini pinggan pertama Ummi. Semua sedap! hehehe.

Ini pinggan pertama Abang Ilham.

Ini dia punya juga. Dia siap bertambah nasi lagi. Lapar betul. Macam kat rumah dia buata hahaha.

Kerabu seafood ke apa nama. Sedap sungguh.

Buah-buahan dan puding.

Hajat hati nak makan cendol durian.. tapai durian dah habis.

Awesome lopes de Sequiera

Ingatkan lepas makan dapat terus balik. Ehhhhh sangkut kat sini. Diorang mintak 5 minit naka main lego.

Sebelum tu, kena kerah bergambar dulu dengan keluarga angkat hahaha. Molek dah sedondon 5 beranak tu ekeke. Ramping sungguh pinggang mak angkat uolls. Tercabar Ummi tengoknya hahaha. Syamil tu buat muka gitu sebab Ummi kata nanti dia kena beraya dengan keluarga baru hahaha.

Hahhh cepatlah main Ummi kasi can!

The Ilhams dengan senapang lego memasing.

Last but not least, posing macam nak nyanyi lagu Negaraku haha. Thanks Legoland Malaysia Resort. Ehhhh tunggu entri pengalaman meneroka Sea Life Malaysia ya. Stay tuned!

Spices of Nusantara International Buffet – Buffet Ramadhan Legoland Hotel

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!