Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor Bagi Tahun 2024M/1445H

Ramadhan Al-Mubarak

Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor Bagi Tahun 2024M/1445H | Alhamdulillah. Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor setelah disahkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, telah menetapkan kadar Zakat Fitrah bagi tahun 1445H bersamaan 2024M pada tiga kadar harga RM 7.00 (Tujuh Ringgit Sahaja), RM 12.00 (Dua Belas Ringgit Sahaja) dan RM20.00 (Sepuluh Ringgit Sahaja).

Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor Bagi Tahun 2024M/1445H

  1. RM7.00 – Kadar ini dikenakan kepada umat Islam yang menggunakan Beras Super Special Tempatan.
  2. RM12.00 – Kadar ini dikenakan kepada umat Islam yang memakan beras selain daripada Beras Super Special Tempatan (Beras Import).
  3. RM20.00 -Kadar ini dikenakan kepada umat Islam yang memakan beras selain daripada Beras Special Tempatan (Beras Import) seperti Beras Basmathi Import dan Super Wangi.

Makluman Pembayaran Fitrah

  1. Bayaran Zakat Fitrah hendaklah dibayar kepada Amil yang bertauliah dan mempunyai Kad Kuasa Amil dari Majlis Agama Islam Negeri Johor.
  2. Pastikan bayaran Zakat Fitrah mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri Johor.
  3. Anda digalakkan menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum Hari Raya Aidilfitri.
  4. Sila pastikan resit Zakat Fitrah disimpan bagi tujuan Rebat Cukai Pendapatan.
  5. Sebarang kehilangan resit tidak ada penggantian.

Cara Membuat Bayaran Zakat Fitrah

Bagi memenuhi keperluan masyarakat menunaikan ibadah zakat fitrah, kaedah pembayaran adalah seperti berikut:

  1. Amil Zakat Fitrah
    Pembayaran melalui Amil yang telah dilantik dan diberi tauliah bagi menjalankan tugas memungut fitrah di seluruh negeri Johor.
  2. Bayaran zakat fitrah melalui atas talian (Online) :
  3. Kaunter-kaunter Zakat MAINJ
    Bayaran zakat fitrah juga boleh dibuat di semua kaunter MAINJ di setiap daerah.
    Waktu Urusan Kaunter :
    (Ahad – Rabu, 8.00 pagi – 4.00 petang)
    (Khamis, 8.00 pagi – 3.00 petang)

Sumber: https://www.maij.gov.my/

Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor Bagi Tahun 2024M/1445H

Untuk korang yang nak membayar zakat, bolehlah lakukannya mengikut mana-mana kaedah yang memudahkan urusan ya. Selamat membayar zakat fitrah untuk tahun ini.

Dalil Kewajiban Zakat

“Ambillah zakat dari harta mereka yang berada bagi membersihkan diri dan harta mereka dan doakan mereka setelah menerimanya” – Al-Taubah : Ayat 103

“Dirikan sembahyang dan tunaikan zakat” – Al-Nisa : Ayat 7

“Wahai orang-orang yang beriman keluarkanlah (zakat/sedekah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu” – Al-Baqarah : Ayat 267

“Ambillah sebahagian dari harta mereka sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang keji)” – At-Taubah : Ayat 103

“Dan Dialah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar (tanamannya) dan yang tidak menjalar dan pohon-pohon tamar dan tanaman-tanaman yang berlainan dan tidak bersamaan (rasanya) makanlah dari buahnya ketika ia berbuah dan keluarkan haknya (zakatnya) pada hari memetik dan menuai”. – Al-Anam : Ayat 141

Buffet Ramadan 2024 Harga Bawah RM100 Sekitar Negeri Johor

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!