Kiddomo Discovery Kini Di Johor Bahru

Kiddomo Discovery Kini Di Johor Bahru | Assalamu’alaikum. Alhamdulillah Sabtu lepas Ummi berkesempatan membawa dua orang hero merasai sendiri pengalaman bermain sambil belajar di Kiddomo Discovery yang baru saja dibuka di R&F Mall, Johor Bahru. Kira memang first time juga kami ke R&F Mall tu. Baby Syahid Babah tolong jagakan di rumah. Memang Ummi tak plan nak bawa dia nak menjaga kesihatan dia supaya tak terganggu hearing test hari Khamis nanti. Ok back to the topic.

KIDDOMO DISCOVERY Kiddomo Innovation Centre adalah inovasi terbaru taman permainan kanak-kanak yang direka bagi membantu mereka berimaginasi kreatif dengan cara mereka sendiri. Ianya berasal dari Jepun. Kiddomo Discovery Johor Bahru adalah outlet kedua yang dibuka selepas Kiddomo Universe Petaling Jaya.

Orang Johor yok bawa anak-anak ke sini dan nikmati pengalaman menarik dengan pendekatan unik yang menggabungkan permainan klasik dengan teknologi terkini.

Bukan anak-anak saja yang teruja ibu dan ayah pun turut sama bermain dengan anak-anak termasuklah Ummi Ilhams. 

The Ilhams tak nak balik tau. Jenuh Ummi pujuk semalam. Syok sangat main dengan kawan-kawan.

Kiddomo Discovery pernah mendapat anugerah “Best Children’s Educational Playland 2017/2018”

Antara aktiviti menarik di KIDDOMO DISCOVERY JOHOR BAHRU:

✔️ Artistic Play
✔️ Art Live
✔️ Interactive Play
✔️ Interactive Slide
✔️ Sing + Dance @ Kara-o-kid
✔️ Papercraft experience
✔️ Play Together
✔️ Dino Discovery

Ok let’s check it out!

Sampai-sampai je korang akan jumpa kaunter tiket. Bolehlah rujuk harga tiket untuk masuk je Kiddomo Discovery.

Lepas bayar tiket masuk korang akan diberi smart band macam yang Syamil pakai tu. Kami tiga beranak dapat warna kuning. Smart band ni penting untuk digunakan bila anak-anak nak bermain permainan-permainan interaktif. Opppsss jangan lupa.. pastikan korang dan anak-anak pakai stokin sepanjang berada di sini ya.

Disebelah kanan jalan masuk, ada disediakan locker dan tempat meletak kasut. Di situ juga terdapat santizer untuk memastikan kebersihan pengunjung terutamanya kanak-kanak. Staff Kiddomo juga akan memeriksa suhu badan anak-anak bagi memastikan anak-anak sihat dan tidak demam. Kerana ditakuti akan berjangkit dengan anak-anak orang lain. Begitulah tagline mereka iaitu “Hygiene is our top priority”. Santizer memang ada di dinding-dinding playland ni. So jangan risau, insha Allah anak-anak terhindar dari bakteria dan kuman jahat.

KIDDOMO HERO STATION

Perkara pertama sekali korang kena bawa anak-anak ke Kiddomo Hero Station untuk scan smart band dan register nama masing-masing.

Abang Ilham nak scan smart band tetiba ada tangan halus nak menyelit tapi nak scan jam dia hahaha padahal smart band ada kat tangan kiri dia tu. Heyyyy anak bertuah ni.

Aktiviti pertama.. Design Here!

Abang Syamil tengah mendesign sendiri hehehe.

Ohhh sebelum Ummi terlupa, ada penampilan khas Dato’ Fazley Yaakob bersama tiga orang hero-heronya merasai sendiri pengalaman menarik di Kiddomo Discovery Johor Bahru.

Sempat juga Ummi dan The Ilhams ambil peluang bergambar dengan Dato’ Fazley Yaakob yang very friendly. Thanks Dato’. Sorry ganggu masa emas bersama anak-anak.

Jom kita teruskan aktiviti di sini.

KIDDOMO CAFE

Masuk je entrance Kiddomo Discovery ni korang boleh nampak sebelah kiri ada Kiddomo Cafe. Jangan bimbang ibu ayah kalau anak-anak syok main sampai tak nak balik. Jangan risau juga diorang kelaparan. Korang boleh bawa anak-anak menikmati menu berkhasiat di Kiddomo Cafe ni.

PLAYLAB

Kat sini anak-anak mahupun ibu ayah boleh lepak sambil bermain. Ada macam-macam toys. Nak duduk kat kerusi boleh nak lepak kat lantai pun boleh.

MAGIC STATION

Credit pic: https://www.guruyaya.com

Next, Magic Station. Anak-anak mesti suka main ni. Lawan dengan naga ok. Siap ada tongkat sakti tu hehehe. Ummi pun test juga hehehe.

KARA-OKID

Anak korang ada bakat menyanyi tak? Boleh juga try keringkan tekak di Kara-o-kid hehehe. Anak Ummi ada sorang memang favourite dia menyanyi. Kopipes mak dia betul.

Ummi dah pilihkan lagu baby shark doo.. doo.. doo.. doo.. sekali bila Auntie Juju jengah je dia terus tak naka nyanyi. Nak tak nak, Ummi la test vokal kejap.. ehhhh.. :p

PAMPERING STATION

Jangan risau ibu ayah, kalau dah kepenatan korang boleh berehat di sini sambil tengok tv. Sangat santai. Biarkan je anak-anak teruskan bermain hehehe. But.. please ya.. no outside food allowed!

Ummi suka sangat tengok ruang ni. Nampak memang merelaxkan hehehe.

KIDDOMO WORKSHOP

Glittering Slime timeeeeeeee! Aktiviti yang ditunggu-tunggu. Apa lagi kalau bukan aktiviti membuat glittering slime. Inilah adalah salah satu aktiviti Kiddomo Workshop.

Dato’ Fazley Yaakob dan anak-anak pun turut serta membuat glittering slime.

Nampak tak bersungguh The Ilhams. Diorang memang suka la kalau ada aktiviti macam ni. Sebab tu di rumah pun Ummi gigih buat aktiviti sama-sama.

Abang Ilham nak blue colour manakala Abang Syamil nak orange colour.

Abang Ilham bersemangat menjawab soalan bahan-bahan slime yang mana salah satunya adalah lotion. Suka dia dapat hadiah magic pen. Ok next!

CREATIVE STATION

Ok ini antara aktiviti di Creative Station. Nak melukis ke nak mewarna ke ikutlah kreativiti anak-anak.

Lepas dah siap mewarna, bolehalah scan di mesin pengimbas yang disediakan.

Nahhh.. anak-anak mesti excited tengok hasil kreativiti diorang terpampang live di screen. Nampak tak tu, van Abang Syamil tengah bergerak cari passenger ekekeke.

FITNESS STATION

Ummi rasa Abang Ilham paling suka kat area Fitness Station ni. Kemain dia dengankawan-kawan duk kutip bintang di slide. Abang Syamil mula-mula malu bila dah cuba sekali ok je hehe.

POWER RIDE STATION

Power Ride Station ni ada dua interactive bikes, besar dan kecil. Anak-anak berpeluang pengembara menaiki basikal masing-masing. Ummi pesan kat Abang Ilham.. “Jangan kayuh over sangat.. anti hilang tenaga awak tu daha la berpuasa..” hahaha.

Abang Syamil versi kayuh basikal ala sopan santun sikit hahaha.

COLLECTION STATION

Credit pic: https://www.guruyaya.com

Ehhhh.. emak siapalah yang syok sangat main di Collection Stataion tu ya. Syok sangat kutip buah-buahan. Dah macam nak terbang pun ya juga haha. Tapi malangnya buah-buahan banyak terlepas. Terpampang tu ha markah 12 je. Buat malu je kan.

Credit pic: https://www.guruyaya.com

Opppppssssssssss.. caught in action! Kantoi ada Papa Amyzal The Paparazzi kat tepi tu rupanya. Kahkahkah. Ummi tengah syok nak kutip buah-buahan tu uiiii.

DISCOVERY STATION

Discovery Station khas buat peminat dinosaur. Anak-anak dapat mempelajari spesis-spesis dinosaur. Dalam timbunan beribu-ribu lemon bebola kecil ni ada tersembunyi telur dinosaur. Bila dah dapat telur dinosaur tu, bolehlah scan untuk mengetahui spesisnya.

Inilah anak dinosaur Ummi hahaha. Ehhh.. Ini Abang Syamil kipas-susah-mati (read: die hard fan) dinosaur. Sebelum datang sini pun Ummi dah survey aktiviti kat sini, bila dia tahu ada kaitan dengan dinosaur dia punya excited level langit ke tujuh ok.

Jangan kata anak, mak-mak ni ha excited duduk dalam bebola hahaha.

Nampak mak kau buat perangai hahaha.

Ummi buat perangai lagi!

Ummi syok main baling-baling bola ni dengan Aidan The Great! hehehe.

BABY GYM

Yang tak berapa baby pun sibuk nak main kat Baby Gym. Layankan je lah.

Aksi Abang Ilham yang kantoi tercepuk kepala Aidan hahaha
Peace from Aidan The Great!

Nampak tak, mak-mak dah kesemputan melayan anak-anak.

Sebelum balik sempat berposing dengan mak-mak yang sama-sama enjoy di Kiddomo Discovery.

Ummi with Auntie Noni
Ummi with Ibu Dilah dan Ummi Naura
Ummi with Ibu Dilah, Ummi Naura dan Mama Firash
Ummi with Ibu Aidan

Harga Tiket Kiddomo Discovery Johor Bahru boleh ruajuk gambar kat atas ni ya.

Ni Ummi nak pesan sesiap untuk semua pengunjung Kiddomo Discovery Johor Bahru. Apa yang boleh dan tak boleh di sini.

DO’s
1. Pakaikan anak dengan pakaian yang selesa. Elakkan memakai seluar pendek atau baju lengan pendek bagi mengelakkan kulit melecet.

2. Pakai stokin sepanjang masa berada di Kiddomo Discovery. Tak kira ibu ayah mahu pun anak-anak, dimestikan memakai stokin bagi tujuan keselamatan dan kebersihan. Sekiranya terlupa membaca stokin, bolehlah membelinya di kaunter pendaftaran.

3. Bermain bersama! Kiddomo Discovery menggalakkan ibu ayah untuk turut serta merasai keriangan bermain bersama anak-anak.

DONT’s

1. Jangan bawa makanan luar ya! Nak makan sila ke Kiddomo Cafe. Birthday cake dibenarkan semasa booking.

2. Jangan bawa mainan sendiri! Ianya untuk tujuan keselamatan kerana pihak Kiddomo Discovery tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kecederaan disebabkan oleh permainan yang dibawa oleh pengunjung.

3. Jangan pakai barang kemas! Untuk tujuan keselamatan, dilarang memakai barang kemas. Sila tanggalkan barang kemas dan kosongkan poket.

4. Jangan kasar! Kanak-kanak yang bermain secara kasar, berlari, tolak menolak akan diberi amaran. Sekiranya berlakau dan tertangkap, mereka akan diminta meninggalkana premis.

Ok faham kan apa yang boleh dan tak boleh tu. Harap ibu ayah take note ya.

Kat mana lokasinya?

Level 1, R&F Mall, Johor Bahru
(above Coffee Bean & Tea Leaf)

Waktu Operasi: 10am – 10pm

Untuk pertanyaan, whatsapp +6019-7000957

Hebahan promosi dan aktiviti boleh rujuk:

The Best Children’s Educational Playland 2017/2018

#kiddomouniverse #futureplayland #kiddomojb #bloggerjohor #bloggermom#JDTBlogger #johorbahru #playland #kidsfuntime #TourismJohor#tourismmalaysia #herneenazirdotcom

485 total views, 4 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
Posts created 4650

2 thoughts on “Kiddomo Discovery Kini Di Johor Bahru

  1. Walaupun dah scroll gambar tak keluar gak tapi kita tau tempat ni memang best..nanti nak bawa Mia ke sini …tunggu tak pose hahahaha boleh Ayyom bedal KyoChon gan SF Coffee hahahaha

  2. ada gambar yang tak keluar walaupun banyak kali scroll. anyway, tempat ni nampak menarik dan in shaa Allah, nak bawa anak-anak datang sini. Mesti diorang seronok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!