DDHN – Ayam Ungkep

Asssalamu’alaikum..

Cerita minggu lepas. Ummi yang teringin nak makan Ayam Ungkep. Jadi gigih la buat walaupun anak-anak tak redho lauk ni haha.

AYAM UNGKEP

Bahan-bahan:

2 batang serai – dititik
3 ulas bawang merah – ditumbuk
3 ulas bawang putih – ditumbuk
kunyit hidup – ditumbuk
cili padi (ikutlah level kepedasan korang) – ditumbuk
ketumbar – rendam dan tumbuk
1 sudu kunyit serbuk (bagi naik warna)
1 sudu asam jawa
gula dan garam secukup rasa

Cara-cara:

Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk dan serai hingga naik bau.
Seterusnya masukkan ayam dan gaul rata. Kemudian masukkan air asam jawa. Biarkan kuah menjadi pekat. Sediakan untuk dihidang bersama nasi panas.

Kalau arwah mak suka masak ayam tua. Tak dan lah Ummi nak cari ayam tua. Ayam muda belia je mampu janji kenyang hehehe.

Selamat memasak!

161 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 thought on “DDHN – Ayam Ungkep

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *