Pakej Penjagaan Ibu & Bayi di Suraya Mothercare & Beauty

Pakej Penjagaan Ibu & Bayi di Suraya Mothercare & Beauty

Pakej Penjagaan Ibu & Bayi di Suraya Mothercare & Beauty | Assalamualaikum. Minggu ni dah genap 33 weeks of pregnancy. Debaran makin terasa, eh macam nak melahirkan anak pertama dia punya berdebar ni. Sambil-sambil tu Ummi duk survey pakej-pakej berpantang nanti. Alhamdulillah Aunty Salwa aka Mak Shaklee Ummi suggestkan SURAYA MOTHERCARE & BEAUTY ni.

Sebelum ni Ummi berpantang tak pernah pun ambil pakej-pakej macam ni. Sekadar berurut dengan Mok De dan penjagaan lain Babah, adik-adik dan Nenek yang tolong. Kali ni adik-adik dah kerja, nenek pun busy dengan Mak Wee, Babah of course lah awal-awal je dapat paternity leave dan sekarang dah kerja normal office hour jadi Ummi rasa diorang kekurangan masa nak layan Ummi je ekeke. Jangan KKS sangat Ummi hahaha.

Dah jangan buang masa jom kita survey pakej berpantang di Suraya Mothercare & Beauty.

PENJAGAAN IBU DAN BAYI SELEPAS MELAHIRKAN – INGINKAN URUTAN TERBAIK UNTUK IBU SELEPAS BERSALIN?

Tak mahu jauh dengan suami ketika berpantang?
Tidak ingin menyusahkan ibu anda ketika berpantang?
Memerlukan tukang urut melayu yang terlatih?
Anda tidak mempunyai pengalaman?
Anda ingin penjagaan yang rapi dan rehat yang secukupnya ketika berpantang?
Anda tiada tukang masak berpantang?

Kalau korang nak tahu terdapat 12 orang confinement ladies dibawah Suraya Mothercare & Beauty. Semua confinement ladies ini adalah rakyat Malaysia. Terlatih dan mempunyai sijil professional yang berkelayakkan.

Pakej Penjagaan Ibu & Bayi di Suraya Mothercare & Beauty

Confinement ladies sedang membuat rawatan bertungku.

Sesi sapuan param & pilis.

Sesi bersauna.

Sesi mandi baby, urut, dan tuam baby.

Mula-mula Ummi ingat pakej yang ditawarkan tak lah banyak. Sekali tengok list, wahhhhhhh.. bermacam-macam pakej tau. Terpulanglah pada kita ikut kemampuan nak pakej mana. Jom tengok pakej-pakej berpantang yang ditawarkan di Suraya Mothercare & Beauty.

PAKEJ TULIP 1 HARI (RETURN) RM 150

  • 1× urutan bersalin
  • 1× urutan rawatan tambah susu badan
  • 1× Bertungku (Badan+perut)

⚘PAKEJ AURORA 3 HARI (RETURN)
RM 460

  • 3× Mandi baby, urut, dan Tuam baby
  • 3× Mandi herba untuk ibu
  • 3× Urutan bersalin
  • 1× urutan rawatan tambah susu badan
  • 1× Bertungku (Badan+perut)

PAKEJ JASMINE 4 HARI (RETURN)
RM 780

  • 4× mandikan baby,urut dan tuam baby
  • 4× Mandian herba
  • 4× Pakaikan bengkung, sapuan param,pilis
  • 4× urutan bersalin
  • 2× urutan rawatan tambah susu badan
  • 4× Bertungku (Badan+perut)
  • 1× Sauna slimming
  • FREE SET JAMU LUARAN UNTUK 4 HARI

PAKEJ ROSE 7 HARI (RETURN)
RM 1300

  • -7× mandikan baby, urutan dan tuam bayi
  • -7× Penyediaan mandian herba utk ibu
  • -7× Pakaikan bengkung sapuan param,pilis
  • -7× Minuman herba milkbooster
  • -7x “Makanan Berpantang” utk ibu (masak lebih tghari+petang) + breakfast
  • -4× urutan bersalin
  • -4× urutan rawatan tambah susu badan
  • -4× bertungku
  • -2x BERTANGAS
  • -2× lulur herba (lulur massage)
  • -2× sauna
  • -1× Urutan Seri Wajah (hari ke 7)

PAKEJ ROSE tanpa masak
RM 1100

❌tiada crunchy
❌tiada milkbooster
-KAMI SEDIAKAN SEMUA SET BERSALIN 7 HARI
FREE BENGKUNG

PAKEJ LILY (RETURN) 14 HARI
RM 2400

  • 14× mandikan baby, urutan dan tuam bayi
  • -14× mandian herba untuk ibu
  • -14× sapuan param ,pilis dan pakaikan bengkung
  • -14× minuman milkbooster
  • -14x “Makanan Berpantang” utk ibu (masak lebih tghari+petang) + breakfast
  • -8× urutan bersalin
  • -8× urutan tambah susu badan
  • -8× bertungku
  • -4x BERTANGAS
  • -4× lulur herba (lulut massage)
  • -4× sauna
  • -1× Urutan Seri Wajah (hari terakhir)
  • -KAMI SEDIAKAN SEMUA SET BERSALIN 14 Hari
  • -FREE BENGKUNG

PAKEJ LILY tanpa masak
RM 2200

  • ❌tiada crunchy
  • ❌tiada milkbooster

PAKEJ SUNFLOWER 21 HARI (RETURN)
RM 3500

  • 21× mandikan baby, urutan dan tuam bayi
  • 21× mandian herba untuk ibu
  • 21× pakaikan bengkung, sapuan pilis & param
  • 21× minuman herba milkbooster
  • 21× “Makanan Berpantang” utk ibu (masak lebih tghari+petang) + breakfast
  • 10× urutan bersalin
  • 10× urutan rawatan tambah susu
  • 10× Bertungku (Badan+perut)
  • 6x bertangas
  • 6× lulur herba (lulur massage )
  • 6× sauna
  • 1× facial & URUTAN SERI WAJAH
  • 2× urut aroma terapi

PAKEJ SUNFLOWER 21 HARI tanpa masak
RM 3300

  • ❌tiada crunchy
  • ❌tiada milkbooster

PAKEJ ORCHID 28 HARI (RETURN)
RM 450
0

  • 28× Mandikan baby, urutan, tuam
  • 28× Mandian herba
  • 28× Pakaikan bengkung & sapuan param, pilis
  • 28× Minuman milkbooster
  • 28× Makanan berpantang
  • (Masak lebih tghri & ptg)
  • 12× Urutan bersalin
  • 12× Urutan tambah susu badan
  • 12× Bertungku
  • 8x bertangas
  • 8× lulur herba (lulur massage)
  • 8× Slimming sauna
  • 1× FACIAL & URUTAN SERI WAJAH
  • 1× Urutan aromatheraphy
  •  

PAKEJ ORCHID 28 HARI tanpa masak
RM 4200

  • ❌tiada crunchy
  • ❌tiada milkbooster

PAKEJ BAMBOO 35 HARI (RETURN)
RM 5500

  • 35× mandikan baby, urutan dan tuam bayi.
  • 35× mandian herba untuk ibu
  • 35× pakaikan bengkung & sapuan param ,pilis
  • 35× minuman herba milkbooster
  • 35× “makanan Berpantang” utk ibu (masak lebih tgh hari + petang)
  • 13× urutan bersalin
  • 13× urutan rawatan tambah susu badan
  • 13× Bertungku (Badan+perut)
  • 10x bertangas
  • 10× lulur herba (lulur massage)
  • 10× sauna
  • 1× mandi bunga
  • 1× facial & urutan seri wajah
  • 6× urutan aromatherapy

PAKEJ BAMBOO 35 HARI tanpa masak
RM 5100

  • ❌tiada crunchy
  • ❌tiada milkbooster

PAKEJ DAISY 44 HARI (RETURN)
RM 7000

  • 44xMandikan baby, urutan, tuam
  • 44xMandian herba
  • 44x Pakaikan bengkung param, pilis
  • 44xMinuman milkbooster
  • 44xMakanan berpantang
  • (Masak lebih tghri & ptg)
  • 14xUrutan bersalin
  • 14xUrutan tambah susu badan
  • 14xBertungku
  • 12x bertangas
  • 12x lulur herba herba
  • 12xSlimming sauna
  • 1xMandi bunga 7 jenis (naikkan aura)
  • 1x facial & urutan seri wajah
  • 10xUrutan relaxing aromatheraphy

PAKEJ DAISY 44 HARI tanpa masak
RM6500

  • ❌tiada crunchy
  • ❌tiada milkbooster

Waktu bertugas CL
8.30/9 pagi –11.30/12 tengahari

SEMUA SET BERSALIN LUARAN DISEDIAKAN OLEH PIHAK SURAYA MOTHERCARE & BEAUTY (customer tidak perlu beli lagi)

Semua barang-barang set bersalin luaran seperti herba(akar kayu,param,pilis dan jamu,tangas,sauna)

Semua pakej diatas termasuk cas pengangkutan

Suraya Mother Care & Beauty juga ada menawarkan:

PAKEJ MANJA-MANJA DIRI

RM250 ( TERMASUK TRANSPORT: bergantung kawasan )

  • Scrub
  • Sauna
  • Urutan Relaxing
  • Facial Organic Hanna:
  • ✅ Cuci @ cleanser
  • ✅ Steamer
  • ✅ Urutan Wajah
  • ✅ Mask 
  • ✅ Scrub
  • ✅ Penyegar + Toner
  • FOC Sengkak

Cover seluruh SEMENANJUNG & WORLDWIDE

**Duit booking hangus/tidak akan dikembalikan kecuali atas sebab kematian atau keguguran akan digantikan dengan PAKEJ keguguran sahaja.
Terima kasih

Setelah puas Ummi belek dan telek. Akhirnya Ummi dah buat keputusan untuk memilih PAKEJ AURORA 3 HARI (RETURN) RM 460. Dah siap booked dah hehehe. Tak nak lengah-lengah nanti slot full nangis tepi bucu katil kang hehehe. Mudah sangat berurusan dengan pihak Suraya Mothercare & Beauty ni. Untuk booking slot perlu jelaskan bayaran 30% dari harga pakej. Bayaran pertama 35%
apabila Confinement Lady datang dan bayaran terakhir 35% harus dijelaskan sebelum hari terakhir Confinement Lady datang bekerja. Mudahkan. Sekurang-kurangnya ada masa lagi ibu-ibu nak merangka kewangan gitu.

Kalau ada ibu-ibu yang masih tercari-cari pakej berpantang, bolehlah rujuk pakej ni. Nanti lepas Ummi alami sendiri pengalaman berpantang dengan pakej ni, Ummi akan share lagi dengan korang ya.

Untuk info lanjut, boleh jengah-jengah facebook atau terus berhubung dengan admin Suraya Mothercare & Beauty.

Alamat:
No 62, Jln Tempua 3, Taman Scientex,
81750 Pasir Gudang, Johor, Malaysia

Untuk tempahan:
www.wasap.my/+601116055837/PakejBerpantang

Baca juga: Set Berpantang Shaklee Pilihan Terbaik

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *