Set Berpantang Shaklee Pilihan Terbaik | Semenjak melahirkan Ilham, Ummi memang consumed Set Berpantang Shaklee ni. Sebenarnya walaupun supplement ni tergolong antara produk-produk yang baik semasa berpantang, ia juga boleh diteruskan sebagai supplement harian walaupun dah habis berpantang. Untuk para ibu yang menyusukan anak juga ianya sangat baik untuk mengembalikan tenaga sepanjang hari.
Jom tengok apa ada dalam Set Berpantang Shaklee:
1) Energizing Soy Protein (ESP)
2) B-Complex
3) Alfalfa Complex
4) Vita-lea
5) Sustained Released Vita-C
6) Lecithin ** Optional
7) Ostematrix
Pagi sebelum sarapan Ummi memang akan minum ESP Shaklee. Dulu suka bancuh dengan susu HL, sekarang malas nak cerewet bancuh 1 scoop ESP dengan air sejuk atau air suam je. Sedap je lemak-lemak gitu. Kenyang lagi mengeyangkan.
Khasiat Energizing Soy Protein (ESP)
- Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
- Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
- Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.
- Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
- Kekal Muda, Kulit berseri dan anjal & Memperbaiki memori
- Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
Bekalan Ummi setiap hari ke office. Tak kiralah tengah pregnant, lepas pantang mahupun hari-hari biasa. Memang rutin harian sejak 6 tahun lepas. Penjagaan dalaman dengan pengambilan supplement Shaklee. Pastikan pengambilan air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari untuk penyerapan yang baik.
Inilah yang terkandung dalam Shaklee Multistack Dispenser Ummi. Bekalan sepanjang waktu berkerja. Alfalfa dan Lecithin tu je kurang kuantiti sebab nak cepat hehehe.
Selepas sarapan pagi – Alfalfa, B-complex & Vita-C
Selepas makan tengahari – Vita-lea & Lecithin
Antara khasiat vitamin-vitamin di atas:
- Alfalfa – baik untuk mempercepatkan proses pengecutan rahim. Bertindak sebagai jamu moden. Membantu kehilangan darah ketika bersalin dan membantu melawaskan pembuangan air besar. Alfalfa mengandungi fiber yang bertujuan untuk mengangkut lemak yang dah terapung-apung, kalau tak makan alfafa ni alamatnya susah la lemak nak keluar. Alfafa juga bertindak untuk membuang toksin dalam badan, mengeluarkan air berlebihan dalam badan (gemuk air) dan melawaskan kencing serta mengatasi sembelit. Sekiranya ibu mempunyai penyakit SLE atau mempunyai sejarah keluarga yang mengalami penyakit SLE, mungkin alfalfa adalah tidak sesuai.
- B-Complex – perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.
- Vitamin C – Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin C secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.
- Vita-lea – Memandangkan ibu² kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu² perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.
- Lecithin – Berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak. Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu terapung dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membrane. Lecithin tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.
Malam sebelum tidur memang dah jadi rutin, dengan pengambilan 4 biji Ostematrix atau kalsium. Best tau consume Ostematrix ni. Segar rasa bila bangun pagi, hilang lesu badan.
Antara kebaikan dan khasiat Ostematrix:
- Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat
- Mengelakkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh)
- Memulihkan kekejangan dan kebas-kebas
- Mengurangkan stress
- Menstabilkan tekanan darah
- Melegakan sakit ketika haid
- Membantu dalam masalah gastrik
- Penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf & merehatkan otot sewaktu kontraksi
- Mengurangkan risiko praeklampsia
- Membantu mengurangkan sakit belakang
- Mengurangkan risiko osteoporosis
- Membantu mengurangkan kebas dan sesemut
- Membantu melegakan sembelit
- Membantu dalam masalah tumit kaki sakit/pecah-pecah
- Membantu masalah kolestrol
- Menggalakkan kulit yang cantik
- Melegakan sakit-sakit sendi
- Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
- Membantu melembutkan najis
- Membantu mengatasi migrain
- Membantu masalah buasir
Dari pagi bawa ke malam memang supplement inilah yang serasi dengan Ummi untuk membantu mengisi lopong-lopong nutrisi dalam badan. Ok last but not least nak share kelebihan set berpantang Shaklee ni. Sila baca di bawah ya.
- Boleh diambil seawal hari pertama selepas bersalin
- Boleh terus diambil walaupun anak ada jaundis (kuning)
- Sesuai untuk ibu yang bersalin secara normal ataupun pembedahan
- Dapat membantu ibu mengurangkan stress
- Dapat membantu ibu memberikan tenaga sepanjang tempoh bersalin
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh hubungi Ummi Ilhams ya. Konsultasi PERCUMA. Jom amalkan gaya hidup sihat!
Baca juga: Pakej Penjagaan Ibu & Bayi di Suraya Mothercare & Beauty
Jom subscribe You Tube Channel Hernee Nazir
suka ESP je..yang lain tak pandai telan
hehehe akak semua bedal..
shaklee memang terbaik..cuma den je ngengada taknak ambil
hahaha silalah ambil..marilah..marilah..
assalamualaikum hernee…bagusnya kn produk shaklee ni…semua ada…
waalaikumussalam ma..hehehe ye ma setakat ni semua ok..
Pingback: Pakej Penjagaan Ibu & Bayi di Suraya Mothercare & Beauty - herneenazir.com