Assalamualaikum..
Cerita manis dalam dunia blogging. Alhamdulillah rezeki dari hasil berblogging yang tenggelam timbul untuk kenangan Ummi. Thanks Google Adsense for the second payment. Agak jauh sikit gap dari first payment. Tak pe Ummi punya konsep pelan-pelan kayuh. Just go with the flow gitu. Kata orang kalau rezeki tak kemana. Rezeki adik baby kali ni dapat Ummi cash out income blogging sebanyak 108.34 USD. Dapatlah top up “Tabung Bersalin” Ummi tu. Tabung bersalin tu hasil blogging dan bisnes Shaklee yang Ummi kumpul sejak pregnant. Bukan senang nak senang kena set target baru boleh capai apa yang kita nak.
Kalau orang lain maybe sebulan sekali cash out income Google Adsense, tapi Ummi belum sampai tahap tu lagi. Don’t compare yourself with others ok. Look into your on garden.. water it, nourish an cherish it. You have your own specialty.
Ummi nak share tips pun serious demi Allah Ummi tak pandai. Ummi just ikut arahan tepek ads kat blog. Lepas tu lantak kau la ads nak muncul ke nak tenggelam ke. Ada Ummi kesah? hahaha. Ummi blogging la ikut suka hati. Ada mood update, takde mood bersawang blog. Alhamdulillah ada je rezeki dari blogging ni dari pelbagai arah. Yang penting konsisten la update blog tu, nak bersawang jangan sampai muncul labah-labah giant hahaha. Slowly but surely. Yang belum register Google Adsense cepat-cepat register dan tepek ads kat blog korang. Selain kita menulis di blog, berkongsi cerita dan maklumat dapat juga tambah side income buat-buat duit belanja kan. Sikit ke banyak ke tetap rezeki Allah nak bagi. Teruskan menulis dengan ikhlas ikut gaya sendiri. Bila kita menulis dengan ikhlas cerita dan maklumat kepada pembaca pun sampai. Semoga sedikit sebanyak tulisan kita tu memberi manfaat kepada masyarakat dan menjadi saham di akhirat nanti.
Ok itu saja Ummi nak bebel. Semoga yang indah-indah menanti kita semua 😉
wahhh bestnyaaa da bole cashout..kita belum lagi..hahaha
insha Allah tak lama lagi blh cash out tu sunah.. biar dia beranak dulu hehehe
Wahhh.. Banyaklah duit tabung dia
alhamdulillah rezeki baby kak
alhamdulillah…kita jauh lagi..janji letak je iklan tu..