Rezeki.. Tempat Pertama Pertandingan Lantak Doodle

Rezeki.. Tempat Pertama Pertandingan Lantak Doodle

Assalamualaikum..

Dah sebulan berlalu, baru hari ni Ummi share dan abadikan dalam blog hasil dari Pertandingan Lantak Doodle yang Ummi sertai bulan lepas. Sebelum ni pernah juga join suka-suka tapi belum bernasib baik. Memang dah tertulis kali ni rezeki anak-anak Ummi yang banyak doakan Ummi termasuklah doa dari Babah diorang.

KEPUTUSAN LANTAK DOODLE

1. Puan Hernee Shamsudin dengan 719 like / 149 share
2. Cikpuan Siti Nur Afiqah bt Hisham 380 like / 32 share
3. Puan Nazwan 290 like / 129 share

Keputusan telah diumumkan secara LIVE dalam Acara Penutup malam tadi, di Pentas Utama Lantak Festival Mutiara Rini.

Pemenang mohon berikan nombor akaun kepada Admin #lantakdoodle #lantakchallengedapatkan hadiah masing-masing.

Syukurlah.. dalam usaha last minute tu ada terselit rezeki yang Allah tetapkan. Mula-mula macam give up juga sebab dah last minute tak siap lagi doodlenya. Rasa macam nak tarik diri, tapi Ummi malas nak layan suara-suara halus buat Ummi putus asa tu. Baiklah Ummi habiskan juga doodle ni. Akhirnya tepat jam 12am malam Khamis Ummi siapkan juga doodle yan berkonsepkan Lantak Festival seperti yang tercatat dalam syarat dan peraturan pertandingan.

Kata orang belum cuba belum tahu.. tuah ayam nampak di kaki, tuah Ummi Ilham.. memang doodle.. ehhhh lain macam peribahasa ni hahaha. Setiap ujian Allah bagi, ada terselit kemanisannya. Sentiasa berlapang dada, semoga Allah sentiasa memberikan rezeki untuk anak-anak Ummi.

Thanks Babah sebab support Ummi dan jadi pengkritik tetap. Thanks anak-anak sebab tak kacau Ummi mendoodle hehehe. Nanti kita cuba nasib dalam pertandingan lain pula ya. Thanks kepada admin Lantak Festival kerana memberi peluang makcik kampung ni mencuba bakat mendoodle hehe. Thanks yang tak terhingga buat kawan-kawan alam nyata dan maya yang sudi support dengan like & share doodle Ummi tu. Hanya Allah yang mampus membalas jasa kalian. Bulan lepas juga Ummi buat new instagram account untuk “DOODLE BY HERNEE NAZIR”. Kalaua belum follow silalah follow. Ini paksaan! hahaha.

Ok till then, selamat mendoodle!

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *