Alhamdulillah.. Ilham Special Edition Is Coming Soon!

Pregnancy Journey

Assalamualaikum..

Di hari Jumaat yang mulia lagi penuh barokah ni Ummi nak berkongsi kegembiraan dengan para pembaca blog Ummi. Alhamdulillah, Ummi dan Babah dikurniakan lagi rezeki zuriat penyambung warisan. Syukur tak terhingga dengan izinNya kandungan Ummi sudah pun mencecah minggu ke 22 (lebih kurang 5 bulan 2 minggu).

Bukan niat nak berahsia, pada Ummi biarlah betul-betul dah stabil baru boleh dikongsi. Kalau korang follow cerita pregnancy journey Ummi sebelum ni, mesti korang tahu betapa banyak dugaan dan cabaran yang Ummi dan Babah hadapi. Itulah antara sebab utama Ummi tak nak terlalu teruja. Rezeki anak ni bila-bila Allah boleh tarik semula. Jadi gembira pun haruslah berpada-pada.

Alhamdulillah Allah masih lagi bagi kami peluang untuk tambah zuriat. Siapalah kita nak menidakkan rezeki dariNya. Setiap zuriat tu pembawa rezeki dalam keluarga. Ummi cuma dapat tahu yang Ummi pregnant setelah usia kandungan 9 minggu tanpa ada apa-apa petanda dan petunjuk terdahulu seperti biasa. Selepas balik dari site visit di Vietnam terasa ada kelainan pada diri dan Ummi ajak Babah untuk ke Poliklinik Rozikin. Alhamdulillah, Kun Faya Kun.. “Jadilah!” maka terjadilah ia”. Tiada hal yang sulit bagi Allah, tiada hal yang mustahil untuk tidak terjadi jika Allah menghendaki terjadinya sesuatu dan atau tiadanya sesuatu. Ada berita gembira untuk kami sekeluarga, Abang Ilham bertambah pangkat dan Abang Syamil bakal naik pangkat jadi “abang”. Ummi mengandung untuk kali ke sembilan. Abang-abang masing-masing teruja nak dapat adik.

Dalam keterujaan kami di minggu ke 21, Allah jentik sikit hati Ummi dan Babah. Jentik-jentik manja supaya kami tak hanyut dengan kesibukan duniawi. Nampaknya rezeki Ilham kali ni sangat istimewa. Subhanallah.. Maha Suci Allah yang menciptakan sesuatu itu dengan penuh hikmah dan rahmat. Walau tak istimewa di mata orang lain, cukuplah dia istimewa di mata Ummi, Babah, Abang Ilham dan Abang Syamil. Sedih? Memang itulah yang Ummi alami saat ini. Air mata jadi peneman Ummi lagi-lagi lepas sujud padaNya. Tapi Ummi takkan terus bersedih meruntun hiba. Kesedihan tu tak bawa kemana. Ummi kumpul segala kekuatan yang ada untuk terus bangkit. Banyak lagi cabaran Ummi dan Babah akan lalui akan datang. Jadi lebih baik Ummi fikir yang manis-manis dan bersedia fizikal mental dan usaha-usaha selepas proses kelahiran nanti. Letakkan segala kebergantungan kita pada Allah kerana Dialah yang menentukan segalanya. Yang baik pada kita tak semestinya baik pada Allah. Bersangka baiklah dengan setiap perancanganNya. Jiwa kita pun akan tenang. Sentiasa fikir yang positif dan bergaul dengan mereka yang positif kerana pada Ummi setiap bait-bait kata orang yang positif mampu memberikan Ummi semangat untuk menghadapi ujian ni.

Terima kasih Allah kerana mengurniakan seorang suami yang kuat semangatnya. Tak pernah tak bersangka baik pada Allah dan sentiasa berfikiran positif walau apa jua keadaan. Terima kasih kerana menganugerahkan dua anak yang sangat memahami perasaan Umminya. Entah sampai bila Allah pinjamkan anak-anak ni pada kami. :'( Maafkan Ummi kalau belum cukup sempurna menjadi ibu pada kalian. Terima kasih pada seluruh kaum keluarga dan sahabat yang tak pernah jemu mendoakan, yang sudi berkongsi kesedihan dan meminjamkan bahu masing-masing. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian.

Di hari Jumaat yang mulia ni, kami dengan rasa rendah diri memohon jasa baik semua yang membaca ni mendoakan kesihatan bayi kami mudah-mudahan tak ada apa-apa yang serius. Doakan segala urusan Ummi dan Babah dipermudahkan. Mudah-mudahan kehadiran bayi ni menjadi asbab kita semua ke syurga. Teruskan bersangka baik pada Dia. Insha Allah ada hikmah dan Rahmat Allah nak bagi pada keluarga kami. Kami redho dengan ujian ni. Semoga ada keajaiban dari Allah. Percaya kepada qada’ dan qadar.. insha Allah kita takkan pertikaikan walaupun sekuman ujian dan perancangan Allah. Jangan buat kerja Allah!

Ummi yakin Allah takkan berikan ujian ni pada kami jika Dia tahu kami tak mampu. Ada orang yang lebih dahsyat lagi ujiannya berbanding kami. Insha Allah perancangan Allah yang terbaik dan semestinya ada sesuatu yang istimewa Dia nak berikan pada kami melalui anak ini. Allah Maha Hebat, Maha Baik lagi Berkehendak. Teruskan menyalurkan semangat kepada kami ya kawan-kawan. Ummi masih ok dan masih mampu tersenyum dan ketawa.

Doakan kami terus kuat dan mampu jaga amanah Allah ni. Doalah senjata yang kami ada buat masa ni. Doakan juga Allah berikan Ummi kesihatan yang baik ya. Separuh lagi perjalanan pregnancy Ummi ni. Harap yang indah-indah saja untuk kami.

Insha Allah dalam masa terdekat Ummi bakal menjalani Fetal Eco dan detail scan. Doakan semuanya berjalan lancar. Doakan Ummi tak nangis lagi depan doktor :p Ummi akan teruskan perkongsian sepanjang pregnancy journey yang istimewa ni selepas mendapat keputusan dari doktor. Salam Jumaat! 🙂

“Tawakal datang bersama dengan redha kerana kadang-kadang apa yang dirancang tidak selari dengan rancangan Allah سبحانه وتعالى . Ikhlas dan redha menerima apa yang berlaku dengan rendah hati dan sedar akan kebijaksanaan Allah سبحانه وتعالى dan keluasan ilmu Allah yang mengetahui apa yang terbaik bagi kita.”

p/s Terima kasih sudi meluangkan masa membaca isi hati Ummi. Isi hati seorang ibu yang kadangkala tewas dengan air mata sendiri. Tiada daya upaya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.

Loading

Related Posts

8 thoughts on “Alhamdulillah.. Ilham Special Edition Is Coming Soon!

  1. Alhamdulillah..syukur kak..akhirnya keluar juga kenyataan rasmi yang ditunggu2 ni..hihi

    Moga Allah permudahkan semuanya sehingga selamat bersalin nanti..ameen ameen ameen!

  2. Alhamdulillah.. tahniah kak hernee sekeluarga.. semoga ummi dan baby kuat dan selamat sehingga melahirkan dan seterusnya membesar dgn baik.. aminn

  3. Alhamdulilah..Tahniah Hernee..

    Her..Allah sentiasa bersama dengan hambanya yang kuat bersabar dan sentiasa bersangka baik padaNya.
    Setiap yang berlalu tertulis 1001 mungkin lebih hikmahnya..
    Kita hanya mampu merancang, hanya DIA yang menentukan arah tujuannya..
    Doa bebanyak dan tawakkal redha ke atas segala ketentuan dariNya..

    Allah Maha kuasa melakukan apa saja. Dia mampu menjadikan segala kemudahan menjadi sesuatu yang susah, juga sesuatu yang susah menjadi mudah. Tidak ada yang susah bagiNya, sebab Dia Maha kuasa atas segala-galanya. Sebabnya ketika menghadapi kesulitan dan berbagai cubaan hidup kita tidak boleh putus asa. Masih ada Allah yang boleh kita minta dan mohon pertolonganNya. Maka kita diperintahkan untuk berdoa saat mengalami kesulitan,

    InsyaAllah doa yang baik-bak, datangnya juga baik-bak ya Her..
    Akak doakan moga Her sihat ..Jaga diri ya ..

  4. Assalamualaikum hernee….alhamdullilah dan seronok rasanya bila hernee bagitahu mama tentang kandungan hernee ni dulu…rasa mcm mama yg nak dpt cucu lg jer ni…
    Mama doakn agar hernee tabah dan sentiasa berdoa agar kandungan hernee diberikan kemudahan dan selamat sehingga kelahirannya nanti…
    Semoga dipermudahkn urusan hernee menjlni fetel n eco dan detail scan nanti yer…
    Bykkn berehat yer…tak sabar nak tunggu baby girl or baby boy ke ni nanti….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!