
Assalamualaikum..
Selamat memulakan minggu yang baru. Ummi baru berkesempatan nak berkongsi port makan best di sekitar Desaru Coast. Di mana lagi kalau bukan di Nelayan Seafood by The Coast, di Tunamaya Beach & Spa Resort. Sebelum ni Ummi pernah sekali makan di sini dan review. Korang boleh baca entri, Nelayan Seafood By The Coast Sajian Makanan Laut Terbaik Di Desaru. Memang pada tekak Ummi sajiab menunya masih lagi maintain sedap macam tahun lepas hehe.
Alhamdulillah, Nelayan Seafood by The Coast telah menyambut ulangtahun pertamanya pada 8 Ogos 2018. Sempena ulangtahun pertama ni, korang boleh menikmati makanan laut kegemaran korang dari bulan Ogos sehingga September 2018 dengan harga RM758++ untuk 10 orang. Terdapat juga promosi “Merdeka Platter” serendah RM61 nett (per set), lobsters segar pada harga RM98/pcs dan kerang segar pada harga serendah RM35 sekilogram.


Welcome drink.. air kelapa yang sedap. Syamil punya air kelapa pun Ummi bedal hehe. Tanpa membuang masa jom Ummi perkenalkan menu sempena ulangtahun pertama Nelayan Seafood by The Coast.


Deluxe Combination Platter/ Merdeka Platter
Seriously.. semua menu yang ada dalam Deluxe Combination Platter ni memang sedap uolls.


Favourite Syamil.
Wantan favourite Ummi.
Tang octopus ni, Ummi memang pantang la.. pantang nampak.. favourite tu. Memang sedap!
Ini menu ke dua, Braised Seafood Soup with Beancurd Cube. Ini pun Ummi bertambah sampai tiga kali. Aduhaiii terbawa saka makan pula ke sini hehe.
Menu seterusnya, Hong Kong Styled Steamed Red Snapper. Ikan merah masak stim gaya Hong Kong ok. Ikan segar, kena pula kuahnya sedap. Memang terangkat.
Haaaa yang ni pun buat Syamil tak henti makan. Menu seterusnya ialah Cereal Lobster. Kebiasaannya di restoran-restoran lain korang makan udang nestum kan, tapi di sini korang boleh dapatkan Cereal Lobster tau. Serious sedap. Lobster pilihan Chef adalah Boston Lobster, bukan calang-calang lobster. Memang Syamil menjilat jari makan hehe.
Next kita cuba Brocolli & Mushroom pula. Ada dua jenis menu sayuran sebenarnya, sama ada nak Brocolli & Mushroom atau Asparagus Sambal. So you choose!
Next mari berkenalan dengan Crispy Roasted Chicken. Kalau korang bukan peminat seafood, korang bolehlah menikmati ayam ni.
Korang pernah makan Lotus Leaf Rice? Ummi pun baru pertama kali mencuba. Lotus Leaf Rice ni nasi yang dimasak dan dibalut dengan daun teratai. Unikkan? Itulah idea lain dari yang lain yang dihasilkan oleh Chef Fatt dan team.
Ada dua pilihan air yang Longan Sea Coconut & Premium Chinese Tea. Ummi repeat Longan Sea Coconut ni sampai tiga kali tau hehehe. Memang sedap. Sejuk je tekak.
Duk cerita pasal makanan, jangan dilupakan Chef Fatt yang bertanggungjawab menyediakan makanan yang lazat di atas hehe.
Antara yang hadir menikmati keenakan makanan di Nelayan Seafood by The Coast.
Korang juga boleh memilih Nelayan Seafood Combo – Hot Pot Style yang terdiri daripada Combo A (RM280 nett) dan Combo B (RM380 nett).
Antara fresh seafood yang korang boleh pilih sendiri di sini. Haaaaa jadi apa tunggu lagi. Marilah merasai keenakan menu seafood di Nelayan Seafood by The Coast. Ummi jamin korang puas hati.
Last but not least, Happy 1st Anniversary to Nelayan Seafood by The Coast!
Maklumat lanjut boleh rujuk info di bawah ya.
NELAYAN SEAFOOD BY THE COAST
Address: Bandar Penawar ,81930 Kota Tinggi, Johor
Tel : +607 8338888
Website : www.careluxuryhotels.com
Facebook: Tunamaya Beach & Spa Resort – Desaru Coast
Instagram: @tunamayaresortdesaru
#nelayanseafoodbythecoast #tunamayabeachandsparesort #tunamayaresort #desaru #desarucoast #seafood #foodporn #foodreview #instafood #bloggerreview #JDTBlogger #bloggerjohor #teambloggerjohor #foodieblogger #tourismjohor #visitjohor #herneenazirdotcom
Terus jadi lapar di buatnyaaa..
Rasa macam nak pergi je, makan yang Merdeka deluxe tu..heheheh
sedap ek..teringat soup tu adoiiii menjejes air liur
uitsssssssssssssssss….masih teringat lagi ain bedal 3 air kelapa dia , lobster makan sampai hancur semua , soup dia tambah 2 kali , longan coconut dia 2 kali , ape lagiii.. ohh sayur kita makan juga okay..hahahhaaa…
huwaaaa sedapnya ainnn..