Blog post

Ambil Angin di Pantai Tunamaya Beach & Spa Resort, Desaru Coast

06/09/2018

Assalamualaikum..

Cerita berminggu-minggu yang sudah. Masa Ummi dapat jemputan food review di Promosi Ulangtahun Pertama Nelayan Seafood by The Coast, Tunamaya Beach & Spa Resort. Lepas mengisi perut dengan sajian enak Nelayan Seafood by The Coast kami pun mengambil angin laut di pesisiran pantai Tunamaya.

Satu nikmat rasanya bila dapat duduk tepi pantai sambil ditiup angin. Ummi rasa cantik gila laut petang tu, subhanallah. Tenteram jiwa dapat menyaksikan kebesaran Allah.

Macam yang Ummi ceritakan dalam entri yang lepas, Ummi ditemani oleh boyfriend paling kecil hehe. Jadi body guard sepanjang Ummi ke Desaru sana hehe. Dia macam biasa, behave je. Suka sangat dapat ikut Ummi tapi kalau ada Abang Ilham dan Babah lagi double happiness gitu. Malangnya Babah tak dapat join sebab ada appointment service kereta. Jadi Abang Ilham follow Babah.

Nahhhh.. Ummi belanja gambar boyfriend kecil Ummi posing sorang-sorang. Bibir tu pecah berdarah sebab abang langgar kat rumah Opah. Tips nak ngorat cik abang ni senang je, aweks aweks kena pandai masak “Ayam Kicap”. Hero yang ni versi tak tahan pedas tak macam lagi sorang tu. Yang ni walaupun berkulit cerah tapi dia peminat kicap hahaha. Takde kaitan kulit dan kicap ekekeke. Orangnya pemalu lagi-lagi kalau pertama kali jumpa. Dia akan buat muka seposen kalau orang tu dia tak kenal. Tapi kalau dia dah kenal, senyum dia meleret sambil dia belanja lesung pipit cari makan dia tu hehe. Ok tak cerita lebih-lebih nanti dia marah hehe.

Sebelum berpisah, marilah teman Ummi berposing dengan makcik-makcik JDT Blogger. Dari kiri Aunty Ain, Ilham Syamil (Future Admin for herneenazir.com), Ummi Ilhams, Aunty Eda dan Aunty Sunah. Korang bolehlah jengah-jengah blog diorang tu. Semua blogger hebat-hebat tu.

Sempat juga Ummi skodeng Aunty Sunah dan BFF dia Aunty Azila (kembar sama birthday Abang Ilham 14 July hehehe)

Last but not least.. sekeping gambar Ummi Ilhams yang terbang ditiup angin.

Dan jugasekeping gambar Ilham Syamil buat kenangan hari tua hehe. Balik rumah dia duk menjeleskan abang yang dia pergi pantai dengan Ummi. Maka muncunglah si abang tak dapat ikut Ummi. Tak apa next time kita jalan-jalan pantai lagi ok.

Korang yang nak release stress, bolehlah tenangkan fikiran dan rehatkan diri bersama keluarga tersayang dengan menginap di Tunamaya Beach & Spa Resort, Desaru Coast. 

Boleh baca review Ummi kat bawah ni ya 😉

393 total views, 5 views today

Share this nice post:

7 Comments

  • Uyul Cantik

    06/09/2018 at 7:12 pm

    Hensemnyaaaa si kecikkk tuuuuu.

    1. Hernee Nazir

      07/09/2018 at 8:40 am

      aunty uyul pandai masak ayam kicap tak?

  • sunah sakura

    07/09/2018 at 9:12 am

    hahahah…sempat ye skodeng :p

    1. Hernee Nazir

      07/09/2018 at 9:42 am

      hahaha skodeng sambil gelakkan..entah apa yg disakatnya ila tu hehe

  • kisahsidairy

    07/09/2018 at 10:23 am

    ANGIN SEPOI SEPOI BAHASA…BEST OOOO

  • Sis Lin

    12/09/2018 at 12:36 am

    Malas nak komen seba muka kita takde tapiii ntah le nak komen gak sebab si kecik tu jeee :p

    1. Hernee Nazir

      13/09/2018 at 9:40 am

      awak mana nak gambo dgn kita..awak dah busy nak check in..hahaha.. kecik tu body guard ummi hehe

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: