Cerita riadah pagi empat beranak. Hari Khamis minggu lepas Ummi dan Babah ambil annual leave. Saja spend time dengan The Ilhams, sebab cuti sekolah yang lepas kami tak kemana-mana save budget untuk ke Sabah Julai nanti hehehe. Lagi pun tengahari tu Ummi ada food review tu. Sebelum jogging Babah lead warm up hehe. Tengoklah The Ilhams tu warm up main-main. Cubit kang!
Harapan Ummi hancur belaka nak jogging bila budak cenonit kat belakang tu tak nak jalan, nak berdukung. Nasib baiklah belum jalan jauh. Bergegas Ummi ambil SSC dan back carry beliau. Maka Ummi pun hanya mampu brisk walk sambil bawa baby tua.
Baru suku jalan memasing merengek nak beli air milo aduiiii. Sabotaj ek korang.
Nampak tu sempat lagi dia mengacau burung merpati nak makan hahaha. Excited tengok burung banyak.
Tengok tu Babah dah pecut tinggalkan Ummi haha. Kalau Ummi lambat kurus semua sebab disabotaj oleh The Ilhams ok ekeke.
Kami sambung melayan The Ilhams di taman permainan. Sambil tu Babah buat exercise dan Ummi lari keliling padang dua round. Budak berdua ni dapat main kat taman memang suka la. Ikut hati tak nak balik tu.
Akhirnya sampai la depan rumah sendiri. Lepak kejap depan pagar, sebelum masig-masing kena kerah mandi bersiap nak keluar teman Ummi attend food review. Bila dah kerap bawa dorang jogging and walking ni diorang pun macam dah suka nak beriadah macam ni. Siap remind Ummi kalau tengok Umminya macam kurang bersenam hahaha. Mudah-mudahan keluarga kita istiqomah untuk terus menyihatkan badan ya anak-anak.