Salah satu cabaran untuk ibu dan ayah sepanjang hari adalah masalah anak yang kurang gemar memberus gigi. Tidak semua ibu dan ayah mengalami masalah ni. Tapi bagi Ummi dan Babah Ilhams, ada masa kami berhadapan dengan masalah anak tak nak memberus gigi. Alasan yang mereka berikan kerana ubat gigi ‘pedas’, berus gigi keras dan menyakitkan.