Jalan-jalan Ke Sungai Lurus Senggarang Batu Pahat

Jalan-jalan Ke Sungai Lurus Senggarang Batu Pahat

JalJalan-jalan Ke Sungai Lurus Senggarang Batu Pahat | Cerita balik kampung lagi. Lepas kami ke Pasar Pagi Senggarang, kami ambil kesempatan ke Sungai Lurus. Nak juga menyaksikan lokasi yang jadi viral di facebook selepas Sungai Lurus dah bertukar wajah ni. Padahal sebelum ni biasa je ke sini, selang beberapa kampung je dari kampung Babah. Sungai Lurus ni terkenal dengan Kerang Goreng yang sedap tu. Ehhhh.. ngeces pula bila teringat.

Kami datang pagi memang tak ada kedai yang buka pun. Kalau nak datang petang, konfem tak bergerak la kereta jawabnya. Sebab petang semalamnya Babah ke sini dengan kawan dia, Babah kata motor pun tak boleh gerak, apa lagi kereta. Almaklumlah cuti panjang. Benda viral ni cepat je orang datang kan. Kebanyakkannya orang-orang luar la.

Nahhhh.. bukti tak ramai orang hahaha. Sebab datang pagi, aman damai lagi.

View dari jeti. Memang cantik container cafe ni. Tak sangka Sungai Lurus dah jadi hipster hahaha.

Kami tuju ke jeti dulu posing-posing berenam. Kalau petang ni kau rasa dapat ke nak posing dengan aman? bahaha. Dari kiri, Mak Cik, Mak Andak dan Mak Long.

Kasi can Mak Long dan Mak Andak posing.

Mak Andak dan anak daranya, Umi Najihah.

Posing lagi sampai lebam. Fefeeling pelancong kan. Padahal orang Senggarang je hahaha.

Mak cik nak juga menyelit.

Selfie kejap. Bukan senang nak dapat “me time” hahaha.

Entah apa la yang diorang tengok tu. Tengok ikan tak silapnya.

Dah ke tepi ke tengah last ke hujung.

Makcik selit lagi.

Sebelum balik kami melawat kawasan dengan lebih dekat. Tapi tak jalan sampai ke hujung pun. Ilham dah call tanya Ummi bila nak balik. Cissss.. baru nak berjimba.

Sempat belek-belek kedai yang tutup tu hehe. Memang nampak best cafe tepi laut macam ni. Makan sambil bersantai hirup udara laut. Kalau ada steamboat and grill ni lagi best. Konfem setiap kali balik kampung singgah hahaha. 

Geng 3 bunga nak posing di tangga katanya hahaha.

Eh.. mak-mak diorang pun sama. Sebelum Ilham (on behalf of Babah) call kali ke tiga baik la cepat kita mengundur diri. Kami beransur bergerak balik ke Parit Jabar. Saja nak cuci mata tengok cafe hipster ni.

Ikut kata abang ipar memang cafenya belum beroperasi sepenuhnya pun tapi dah viral awal. Biasalah orang kita bab-bab viral ni laju je nak terjah hehe. Harap pihak yang membangunkan container cafe ni boleh menaiktaraf jalan yang sedia ada ni untuk mengurangkan masalah traffic flow. Ecehhhh. Kau nak jadi YB Senggarang ke kak? kahkahkah. 

Ok itu saja kisah Sungai Lurus. Nanti balik kampung nak cuba makan kat situ. Harap makanan yang dijual seindah cafe container yang ada hahaha. Eh kalau Mak Teh buka satu cawangan sotong king kat sini best juga ni hehehe. Memandai je Mak Cik ni kan. Oklah, babai!

Jom subscribe You Tube Channel Hernee Nazir

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *