DDHN – Menu of The Day 140918

14/09/2017

Update ringkas. Kekonon nak update lepas siap-siap makan tadi. Tapi ternyata, dugaan mata lagi hebat haha. TERlelap lepas layan Syamil.

Ummi plan nak masak asam pedas ayam. Tapi Mama Cu bagi ketam pula. The Ilhams beriya suruh Ummi masak padahal dah makan ketam semalam. Ummi ikutkan je lah kehendak dia berdua. Jadi hari ni Ummi masak ketam masak lemak, ikan siakap masak kicap dan sambal sardin.

Sambal sardin tu sebenarnya nak buat bekal sarapan esok ke office. Saja masak awal, esok pagi hangatkan je. Nak beli roti cicah sambal sardin. Sebelum Babah pergi kerja pun boleh sarapan roti juga. Eh tapi luak juga 2 ketul sardin tu Ummi Babah makan buat lauk hahaha.

Ok itu je update masak-masak hari ni. Ada update kalau mood nak snap gambar masak muncul. Kalau malas memang post “Dari dapur Hernee Nazir (DDHN” menyepi la jawabnya. Oklah nak tidur esok last day kerja. Babai!

Share this nice post:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: