Jalan-jalan Pasar Pagi Senggarang

13/09/2017

Cerita cuti raya haji yang tah habis-habis. Pagi Sabtu macam biasa ada Pasar Pagi Senggarang. Memang tak sah kalau tak menjengah kejap, walau hanya beli makanan hahaha. Tapi kali ni punya jengah memang ada misi tersembunyi hahaha.

Penuh dah orang shopping hehehe. Kami pagi tempat yang agak kurang sesak. Almaklumlah lady driver sorang ni bukan handal sangat hahaha. Anak-anak tak ikut, masih tidur jadi diorang tinggal dengan Babah. Alaaaa pasarnya bukan jauh sangat kat depan tu je.

Kami keluar berenam. Tiga mak-mak dan tiga anak dara. Atok Tipah tak ikut.

Bersemangat Mak Long pilih blouse hehe. Mak Andak pun syok pilih blouse.

Muka Mak Cik ada senyum, sebab mission accomplished! Misi mencari palazzo berjaya haha. Beli sehelai palazzo RM25 dan dua helai seluar tidur RM10 sehelai ekeke. Pasar Pagi Senggarang ni besar, rasanya jualan makanan kurang yang lebihnya pakaian. Memang rambang mata weh hehehe.

Lepas beli seluar kami ronda cari makanan pula. Beli untuk bawa balik, dan beli keropok lekor sikit untuk makan kat tepi pantai Sungai Lurus. Ohhhh, kami ada misi menjelajah ke Sungai Lurus yang viral tu hehe. Saja nak tengok keadaan sebenar walaupun pagi tak ada orang berniaga lagi hehe. Kalau nak pergi petang konfem orang penuh. Cerita di Sungai Lurus next entry ya! Stay tuned!

Share this nice post:

3 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: