Roti Jala Hipster Cik Ton

Roti Jala Hipster Cik Ton

Projek Cik Ton aka Mak Long The Ilhams masa cuti raya di kampung. Ummi tolong-tolong bancuh adunan, tolong-tolong lipat roti jala je hehe. Nama ni Ummi yang pepandai bagi “Roti Jala Hipster” sebab kemain colourful lagi kan hahaha.

Bancuhan pertama, warna original roti jala, warna kuning. Sekali bancuhan kedua terus masuk warna pink hahaha. Almaklumlah yang membancuh tu peminat warna pink hahaha.

Bahan-bahan Bancuhan Roti Jala:

3 cawan tepung
3 cawan air
1 biji telur
Pewarna (ikut pilihan sendiri)
Garam secukup rasa

Cara-cara:

Satukan kesemua bahan dan blend sehingga sebati. Siap!

wp-image--1731763910

Kami guna acuan roti jala jenis botol muncing 3. Lebih mudah digunakan dari menggunakan acuan yang jenis mould atau cup tu.

Ok marilah kita menjala.

Hasil pertama yang siap. Mak Long dah penat menjala Ummi tolong gulung dan susun. Baru dapat hasil sikit dah surut dek kerana anak-anak buah yang tak sabar nak makan roti jala cicah kuah kari ayam hehehe. Mak Long dan Mak Cik pun join sekaki menjamah konon hahaha.

Sambil-sambil menjala tu tambah lagi satu bancuhan, kalo ni warna purple ahaha. Sekali sekala, main warna masa masak. Jangan amal selalu hehehe.

wp-image-405750588

Taraaaaa.. beratur Roti Jala Hipster Cik Ton. Cantik pula warnanya hehe. Pandai tukang bancuh dan lipat ni buat kan hahaha.

wp-image--320918569

Ini kari ayam tanpa santan Mak Long. Sedap!

Siap je roti jala kami pun menjamu selera di petang hari raya aidiladha. Lepas perut dah kenyang baru layan anak-anak buah beriadah ala-ala mini sukaneka depan rumah Atok Tipah hahaha. Nanti Ummi update entri pasal sukaneka tu ya hehe.

 

 

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com

2 Comments

  1. Ayen

    ambooii kemain you ade kaler2 lagi tuu .. fuhh sedap nih 🙂

    • Hernee Nazir

      hehehe kakak ipar punya kerja..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *