Riadah Petang di Forest City

08/09/2017

Cerita riadah petang Ahad lepas. Cuti panjang haruslah Ummi keboringan. Nak ajak Babah ke pantai Babah macam tak layan, jadi Ummi bawa anak-anak ke pantai buatan jek lah hehehe. Mana lagi kalau bukan ke Forest City. Tempat bersantai paling dekat dengan rumah.

Mula-mula diorang main kat area play ground kat sales gallery tu. Lepas tu Ummi yang boring sebab orang berserabut. Ummi ajak ke play ground kat luar.

Haaaaa gasak korang la nak berlari nak tergolek.

Ummi dapat la seminit dua duduk selfie sekali lepas tu dah kena jerit dengan dua hero tu. Tak kasi can betul. Lepas main-main Abang Ilham tu kekonon ajak Ummi minum-minum. Nak gelak pun ada. Macam beriya sangat nak ajak makan nasi lemak kat Paparich.

Tapi Ummi minta diskaun kita makan kat Marry Brown jek lah ya anak-anak. Lagi pun lauk ayam red kat rumah banyak lagi siapa nak makan hoi. Penat Ummi masak.

Sudahnya dengan Ummi sekali TERmakan chicken burger. Eh dulu masa study memang suka makan chicken burger Marry Brown bus stand larkin hahaha. Tapau makan dalam bas ke Melaka hahaha. Menggamit memori gitu.

Lepas makan jom lah pulang ke pangkal jalan tapi sempat lagi pusing-pusing kat atas ni haha.

Masuk kereta Syamil macam dah terdiam. Rupanya mengantuk haha. Eh dik rumah sejengkal jek dik tak payah beriya nak tidur. Abang biasalah masih energetic lagi.

Hai lahhhh Forest City, bilalah korang nak buka semula jalan susur dari kampung ke Forest City tu. Kesian orang kampung nak ambil angin ke Forest City terpaksa masuk highway pusing jauh-jauh. On the other side, kesian kat Ummi Ilham ni jauh hoi nak pusing pergi kerja lepas hantar Ilham ke sekolah. Kalau jalan susur kampung tu dibuka macam dulu kan mudah hehehe. Sekian sedikit luahan hati orang kampung dan pengguna highway Forest City.

Share this nice post:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: