Friday’s Lunch at Nando’s AEON Bukit Indah

08/09/2017

Lokasi makan minggu ni agak huru hara nak memilih. Sekejap sana sejekap sini hahaha. Nak makan kat Secret Recipe tapi waiter dah terus terang kata makanan lambat. Nak ke Soul Thai pun tak jadi akhirnya ke Nando’s walaupun masa dah sampai depan Nando’s masih baling-baling dadu memilih antara Nando’s dan Sizzling Grill Stone. Yang penting misi Ummi ke sini nak makan semata-mata hehe.

Ini “to do list” kami. Nasib dalam beg Ummi ada drawing pen haha. Ikut hati nak mendoodle kejap tapi nampak sangat overnya di situ. Jadi Ummi tulis “Eat.. eat..eat!” je lah.

Muka-muka keriangan nak makan.

1/4 chicken hot peri-peri with coleslaw. Nyums! Gambar sweet potato Kak Leen tak snap. Makanan orang lain pun tak snap sebab Ummi pergi withdraw duit sampai-sampai diorang dah makan.

Tapi sempat la snap gambar ni. Nampak la bayang-bayang makanan diorang. Dah lama kot tak makan kat Nando’s sebab Babah tak berapa suka, dia lebih suka makan di Kenny Rogers Roasters. Fuuhh..kenyang sebab dapat daging tebal hahaha.

Lepas makan meneruskan misi utama Ummi. Misi mencari swimming suit Abang Ilham untuk aktiviti berjimba di Legoland esok haha. Almaklumlah dia dah makin tinggi jadi swimming suit lama dah turun ke adik. Ummi tawakkal je la ambil saiz 14, dah bagitahu salesgirl tu kalau tak muat malam datang tukar. Alhamdulillah Abang Ilham dah cuba ni dan muat. So tak payah la nak bersusah payah ke AEON Bukit Indah lagi. Oklah nak masak. Esok Ummi buat live update ya sempena Legoland 5th Brick-versary Celebration. Okbai!

Share this nice post:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: