Friday’s Lunch – Happy Birthday Eqa!

Rambling

Cerita semalam. Seminggu dua ni mood mengupdate blog kelaut dalam sikit. Banyaj entri terperap tu.

Semalam tak nak mengecewakan hati Eqa yang KKS tu kita acah-acah potong kek la walaupun 1 slice je. Tapi durian cheese cake tu mampu membuatkan masalah kemurungan Eqa terbang jauh hahaha. Mati la kalau dia baca.

Lokasi pilihan Kenny Rogers Roasters. Makanan sihat katanya. Mak aiii bulat no muka Ummi tu. Baru hari ni nak pakai tudung merah ramai pula yang tegur macam wanita UMNO..huh. Tak kurang yang bertanya beli tudung kat mana ekekeke.

Bila masuk KRR Ummi tak ubah macam supervisor KRR berbaju hitam bertudung merah. Bila dah duduk kat kerusi budak berdua ni tercari-cari mana Kak Hernee. Sebabnya warna tudung dah bersatu dengan warna seat. Arghhhhh pasghah Ummi.

Ok ini Ummi yang punya.

Ini Noni yang punya.

Ini birthday yang punya.

Durian cheese cake sorang satu slice makan sambil pejam mata. Yumsssss.

“Dik akak nak 3 slices durian cheese cake”

“Makan kat sini ke bungkus kak?”

“Makan kat depan” sambil tunjuk Kenny Rogers.

Agak-agak makan hati tak adik tu ek? hahaha. Aku tanya lain akak ni jawab lain. Sorry eh dik gurau-gyrau hari Jumaat.

Lepas menikmati lunch kami cuci mata di Watson sambil test skincare Pink by Pure Beauty. Fewwittttt. Hatiku sudah tertawan. Nanti Ummi share ya beli ke tak Cik Pink tu hehehehe.

Untuk Eqa.. selamat hari tua. Akhirnya kita sebaya masih kategori 20an hehe. Semoga impian menyiapkan #99kataeqaayub berjaya dan dipermudahkan hahaha.

Ok babai. Nak siap-siap pergi kenduri.

p/s Ummi bukan wanita UMNO. Okbai!

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!