D24 Durian McFlurry.. Yummmsss!

26/08/2017

Terjebak juga di hari kedua membeli D24 Durian McFlurry. Tengok review kekawan kata sedap. Eh nak juga mencuba. Selama ni suka gila dengan Oreo McFlurry dan Horlic Crunch McFlurry tapi tak lah selalu sangat membelinya pun hehehe.

Masuk je kereta semerbak bau durian. Tapi bau keropok durian zaman kecil tu la yang bulat-bulat kuning tu hehe.

Ok time to eat! Ya ampun.. sedapnya. Serious sedap walaupun bukanlah rasa macam makan seulas durian tu kan. Dia ada rasa yang tersendiri sedapnya tu bila dah bergabung dengan aiskrim vanilla.

Lepas sesudu eh masuk sesudu lagi. Makan sambil pejam mata menikmati kesedapan D24 Durian McFlurry. Sedar-sedar dah surut hehe. Betullah kata kekawan memang sedap. Tekak Ummi pun kata sedap tapi tak pastilah tekak korang. Kalau korang nak rasa cepat-cepatlah ya terjah mana-mana McDonald selagi stok masih ada. Tapi bertabah la sebab konfem penuh manusia dan drive thru jem gila hahaha.

p/s jangan lupa belanja Ummi satu eh! Dah terbayang rasanya ni ehehe.

Share this nice post:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: