Menu Berpantang #4

17/08/2017

Menu hari ni, mak bidan masakkan sayur sawi dan ayam grill.

Ada orang tanya,

“Weh ko memang kena pantang makan gak eh?”

“Aah pantang la sikit-sikit”

Ingatkan dia nak simpati. Rupanya dia nak tayang tauhu sumbat. Ciskek betul. Siapalah hamba Allah tu agaknya.

Ok nah, resepi ayam grill.

Resepi Ayam Grill

Bahan-bahan:

Ayam

Halia – blend

Bawang besar & bawang putih – blend

Serbuk jintan manis & jintan putih – blend

Madu

Garam

Cara-cara:

Basuh ayam (kuantiti ikut suka), lumur dan perapkan dengan bahan-bahan yang dikisar, madu dan garam. Perap lebih kurang sejam. Grill kan pada pemanggang ajaiab atau kuali. Siap!

Sayur sawi masak air boleh refer post INI. Kali ni mak bidan tak bubuh lada hitam.

Ohhh tak dilupakan lauk ketiga yang memang ready made, Serunding Halia Nina. Nyumssss.

Ok esok menu kita Korean Food. Ehhh.

Share this nice post:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: