Dari Dapur Hernee Nazir

Menu Berpantang #2

Menu Ummi hari ni, ihsan mak-mak bidan kesayangan hehehe. Kita bedal je orang masakkan apa pun.

Air tangan Mommy Ngah.

Ikan Siakap Stim

Bahan-bahan:

2 hiris ikan siakap

Serai **potong kecil

Bawang besar **potong mayang

Bawang putih **potong mayang

Halia **potong mayang

Daun Limau Purut

Asam Keping

Cara-cara memasak:

Bersihkan ikan. Masukkan ke dalam kuali bubuh bahan-bahan lain di atas dan stim kan.

Ikan bilis, halia dan lada hitam tu Mommy yang buat. Stok semalam dah selesai hehe.

Air tangan Nenek.

Ikan Bawal Bakar

Ikan bawal lumur kunyit dan garam, the bakar.

**Notes: Ikan bawal hitam tak boleh makan untuk berpantang.

Pencicah: Air asam jawa, potong nayang bawang besar dan tumbuk halus lada hitam.

Sayur Sawi Masak Air

Bahan-bahan:

Sawi

Ikan bilis

Bawang besar

Lada hitam

Cara-cara memasak:

Tumbuk halus ikan bilis, bawang dan lada hitam. Masukkan ke dalam periuk berserta air dan renehkan. Bila dah menggelegak masukkan sawi.

Kuantiti bahan-bahan tu boleh agak-agak sendiri. Saya makan untuk dua kali makan tengahari dan petang. Lepas makan lauk-lauk ni rasa macam bersauna badan tau. Best!

Minum petang

Bancuh Nestum Oat.

Bosan sesorang berhuhu kat rumah. Perut minta di isi. Jadi Ummi bancuh je Nestum Oat kebetulan ada stok kat dapur tu.

Thanks Mommy Ngah dan Nenek tolong masakkan. Mmmuaahhhh.

Share this nice post:

Comments

comments

7 thoughts on “Menu Berpantang #2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *