Buka Puasa Di Ateh Corner Taman Universiti

29/05/2017

ateh corner

Korang yang terfikir-fikir nak berbuka apa dan di mana. Apa kata korang cuba ATEH CORNER, TAMAN UNIVERSITI.

Alamat: 28, Jalan Kebangsaan 31, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor, Malaysia

Waktu Operasi:

Selasa – Ahad (5PM – 2AM)
Isnin – TUTUP

ateh corner2

ateh corner3

Bulan Ramadhan ni ada nasi campur bersama aneka pilihan lauk pauk. Kalau nak order ala carte pun boleh tapi last order jam 6.45pm sepanjang bukan Ramadhan. Setakat ni makanan di sini memang tak mengecewakan. Sedap dan menepati citarasa.

ateh corner1

Kami meraikan pelanggan-pelanggan baru atau yang setia dengan juadah percuma berupa kuih muih, kurma & bubur di samping menu-menu istimewa Nasi Campur selama sebulan sepanjang bulan Ramadhan Al Kareem ~ Puan Linda Nasir (Ateh Corner)

Ok, taukey Ateh Corner baik hati tau. Sepanjang bulan Ramadhan ni pelanggan-pelanggan akan diberikan juadah percuma berupa kuih-muih, kurma dan bubur.

ateh corner4

Ruang legar Ateh Corner luas dan selesa untuk pelanggan. Senang juga nak ke sini. Tepi jalan je senang nak jumpa dan dijamin tak sesat barat. Antara port makan pilihan pelajar-pelajar UTM. Eh kami pun kadang-kadang ke sini juga tau. Sebab Ummi suka gila kat Cendol Durian Ateh Corner. Ok dah terbayang ni hehe.

Korang cubalah ya kat sini. Kalau korang buka kat sana kirim salam Kakak Cashier yang cantik manis tu, isteri taukey Ateh Corner hehehe.

Share this nice post:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: