Idea Dekorasi Bilik Tidur & Bilik Mandi

05/05/2017

Hari ni nak kongsi gambar untuk Idea Dekorasi Bilik Tidur dan Bilik Mandi. Bukan dekorasi di rumah saya, tapi dekorasi di rumah saya contoh di Forest City. Saya dan suami memang suka tengok dekorasi rumah-rumah contoh atau sales gallery di mana-mana saja yang sempat dituju. Saja buat-buat cuci mata. Nak beli tak mampu, mampu mendeko bajet je hehehe.

P_20170416_110624_BF

Ok belanja muka sendiri dulu ekeke. Walau dah banyak kali masuk ke rumah contoh ni, tapi tetap tak jemu tengok idea dekorasinya. Sambil bebel-bebel apasal rumah kecil setoet mahal yang amat harganya hahaha.

IDEA DEKORASI BILIK TIDUR

P_20170416_112036_BF

Bilik pertama

P_20170416_112025

Cantik susun aturnya. Cadar pun cantik. Warna tema kelabu hitam dan putih.

P_20170416_112047

Opppsss ada anak tuan bilik lalu.

P_20170416_112116

Bilik kedua. Luas dan nampak elegan.

P_20170416_112127

Bilik ketiga sesuai untuk anak perempuan. Aduahi sweet sangat rasanya dekorasinya ni. Kalau ni bilik anak dara Ummi, konfem Ummi join lepak dalam bilik hahaha.

P_20170416_112230_BF

Eh sempat lagi nak selfie.

P_20170416_112302

Bilik keempat. Simple je tapi nampak menarik.

P_20170416_112325

Bilik kelima pun simple deko nya. Bantal-bantal tu main peranan menghidupkan suasana.

P_20170416_112344_BF

Nak juga selfie kat bilik ni sebab Ummi suka bantal comel tu haha.

P_20170416_112312

Bilik ke enam, sesuai untuk anak bujang. Dekorasi yang simple dan kemas. Menarik sangat frame kapal terbang tu.

P_20170416_112508

Pantang nampak cermin hahaha. Cermin ni cantik tu yang snap. Sesuai sangat bubuh kat dinding bilik untuk effect luas.

P_20170416_112649

Bilik ke tujuh. Dekorasi yang sesuai untul anak lelaki.

P_20170416_113029

Eh anak lelaki siapa ni nak rasmikan ni hahaha.

P_20170416_113039

Kak Tita pun nak posing.

P_20170416_112712

Bilik ke lapan. Yang ni pun Ummi suka sebab warnanya nampak sweet.

P_20170416_113157

Bilik ke sepuluh, ruang terhad memang sesuai dengan dekorasinya dengan katil ni. Muat meja belajar dan rak buku.

P_20170416_113242

Bilik ke sebelas. Hijau putih nampak menenangkan.

P_20170416_113437

Bilik ke dua belas. Aduhaiii yang ni lagi cun. Kombinasi warna cadar tu memang nampak menarik sangat. Terasa dekat dengan alam.

P_20170416_113458

Bilik ke tiga belas, idea dekorasi sesuai untuk bilik tidur anak gadis. Sweetttttt sangat.

P_20170416_113507

Berkenan betul dengan frame kat dinding ni. Nampak simple dan kreatif. Ok settled cuci mata untuk idea dekorasi bilik tidur. Next!

IDEA DEKORASI BILIK MANDI

P_20170416_112333

P_20170416_113213

P_20170416_113520

Antara bilik mandi yang sempat di snap. Tak snap banyak keciciran bilik air lain hahaha. Semua bilik air dihias dengan gaya simple dan menarik, Memang rasa nak bertapa dalam bilik air lah hahaha. Ok itu je  nak share. Komen-komen di atas tu bukanlah komen dari seorang pakar dalam bidang Interior Design hehehe. Makcik pun tak pandai deko. Deko pun deko bajet je. Next kita share idea dekorasi untuk ruang tamu dan dapur ya.

Stay tuned!

p/s Nak deko raya? Jangan lupa jengah Mattress Furniture & Electrical Expo AEON Tebrau City

Share this nice post:

2 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: