Lunch di Puteri Cafe Puteri Harbour International Ferry Terminal Iskandar Puteri | Sambung lagi episod terakhir tetamu kami.
Dalam jam 12pm kami sampai ke Puteri Harbour International Terminal, Iskandar Puteri. Lepak betul-betul depan area departure tu.
Sementara tu diorang check tiket dan jadual feri serta membeli jajan.
Ummi berangan di sini sambil snap gambar untuk jadi bahan di blog hehehe.
Babah dan askar kecil, dua beranak duduk menghadap ke depan.
Oleh kerana feri diorang jam 2pm, moh la kita lunch dulu di one and only cafe, Puteri Cafe. Tak banyak sangat pilihan makanan sebenarnya ambil je lah mana yang berkenan.
Taraaaa..sebelum makan. Bersemangat budak kecil tu nak makan.
Lunch di Puteri Cafe Puteri Harbour International Ferry Terminal Iskandar Puteri
Walaupun tak banyak pilihan, tapi Ummi ambil kombinasi lauk yang sedap. Ayam masak kicap, kentang 2 ketul cekut dari kari ayam dan peria goreng. Eh serious sedap ayam masak kicap tu. Rasa nak repeat lagu ehh ehhh. Ummi makan kongsi dengan adik, tapi adik makan nasi je ayam tu ada pedas sikit.
Menu yang lain, diorang makan lauk asam pedas ikan pari. Babah kata sedap juga. Mulut Babah dah terbakar sebab dia pergi cekut sambal hijau. Ummi nak suap adik memang tak berani la nak ambil. Babah kata “tak pernah sambal sepedas ni..lepas makan rasa dia lagi pedas gila” hahaha nasib badan.
Ini chocolate ice blended Ummi. Hari tu masa baru balik dari Tanjung Balai pernah beli ice blended ni. Tu yang rasa nak lagi hehe. Tapi rasanya ada kekopian pulak ke perasaan Ummi je hehehe.
Lepas makan, duduk sekejap dan kami pun beransur nak balik tak dapat nak tunggu sampai diorang naik feri. Nak singgah belanja barang dapur di Mydin lagi lepas ty nak berdezup ambil Abang Ilham balik sekolah. Alhamdulillah diorang dah selamat sampai pun. Minta halal terlebih terkurang layanan dari kami ya. Kami manusia biasa tak lepas dari melakukan kesilapan dan ada je kekurangannya.
Jom LIKE page herneenazirdotcom
macam wajib pergi je lepas nih hehehehe
hahaha smboi..cop passport terus..
assalamualaikum hernee…bestnya x pi lg ke sini…nanti nak pi juga la…
waalaikumussalam mama..hehehe blh try ma..