Weekend ni kerja Ummi Ilhams mempromote Desa Paya Mengkuang je hahaha. Sejak beberapa minggu lepas nampaknya setiap Jumaat hingga Ahad dah ada jualan ala bazaar berhadapan kedai-kedai di taman kami ni. Memang tak pernah menjejak kaki pun. Semalam masa menyinggah ke bershellout di Norzita’s Station, barulah sempat Ummi ronda-ronda kejap.
Over ek pakcik tu, macam nak beli barang. Bukan main berlenggang kangkung sambil bawa plastik otak-otak. Nasiblah dia tak pow Ummi nak beli apa-apa.
View dari penjuru,kedai memandangkan Babah parking sekitar penjuru kedai. Belah kanan menghadap ke rumah-rumah ni kebanyakannya jualan barang-barang dan pakaian.
Boleh tahan menggoda dan melambai-lambai tudung-tudung tu. Dah nak maghrib esok-esoklah jengah lagi. Jualan-jualan baju, tudung dan barang-barang ni weekend je tau.
Sebelah sini pula banyak makanan. Antara yang sempat di snap belah sana-sana tu segan pulak kita nak snap gambar. Takut orang ingat kita wartawan Desa Paya Mengkuang haha. Tapi lebih kurang wartawan juga la. CUma kita tak bawa cerita buruk kita share info shaih dan terkini hehehe.
Norzita’s Shellout Bajet
Gerai ni tak perasan nama apa, Kat sinilah Ilham pow Babah beli otak-otak. Ada juga jual satay ikan (lok ching), tauhu bakar, pepes, keropok lekor, keropok segar dan cendol.Jualan makanan ni boleh dikatakan setiap hari ada, Jadi yang baru nak menghuni kawasan Desa Paya Mengkuang korang jangan risau la kat sini makin bertambah orang bisnes makanan hehe.
Ok korang boring-boring tak ada kerja nak buat time weekend meh ronda sini.
wahhh meriah betul. nih bulan puasa lagi meriahkan kakk
hahaha tu lah..tengok je la nanti..
assalamualaikum hernee…wah !! bestnya…semuanya ada yer…
waalaikumussalam mama..ada la sikit2 ma..