Shellout Bajet RM10 Di Norzita’s Station Desa Paya Mengkuang Gelang Patah

23/04/2017

Sambungan entri yang lepas.

Mommy Ngah ada bagitau yang Mak Ita jiran kitorang dah buka gerai jual shellout bajet. Tapi dia pun tak sempat cuba lagi. Bila cerita dengan Babah, tetiba Babah ajak singgah lepas ronda kampung. Jom kita tengok apa yang dijual.

P_20170422_190344

Norzita’s Station – Shellout Bajet
Desa Paya Mengkuang, Gelang Patah

Sedia menerima tempahan boleh hubungi:
Norzita 011-39696641
Raihan 019-3720897
Siti 011-28696625

P_20170422_190351

Shellout Bajet RM10 percuma air ada juga rojak petis.

P_20170422_190315

Ini gerainya, kalau dari jalan besar memang mudah nampak. Babah order dua set, satu blackpepper dan satu lagi sambal.

P_20170422_190654_BF

Sementara menanti order siap. Kami tapau je memandangkan dah nak maghrib. Sambil-sambil tu budak berdua ni pow Babah otak-otak gerai sebelah. Kami terserempak dengan 2 orang pilot PTP menapau kat sini juga. Tak sangka pula salah sorang dari diorang tu belanja shellout yang kami tapau. Thanks ya Syatibi. Buat malu akak je hehe. Semoga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah,

P_20170422_191926_vHDR_On

Balik rumah tak sabar nak makan haha. Haaaa yang disnap ni gambar masakan blackpepper.

P_20170422_191934_vHDR_On

Nasi dan percuma sebungkus air sirap. Eh Abang Ilham panggil “air siram” kahkahkah. Akhirnya Abang Ilham pandai minum air sirap yeay!

Ok hasil review saya, memang sedap dua-dua masakan ni, blackpepper dan sambal memang hot and spicy habis. Walaupun shellout bajet tapi puas hati dengan rasa dan portionnya. Sedap konfem beli lagi ekeke. Abang Ilham pun suka walaupun dia cakap “lidah Ilham dah terbakar ni Ummi” hahaha. Selesai makan Babah dan Syamil bermandi peluh hahaha.

Korang yang nak mencuba Shellout Bajet RM10 ni boleh lah datang ke Norzita’s Station Desa Paya Mengkuang ya. Akak jamin korang puas hati hehehe. Jangan lupa roger akak sekali kita book meja sebelah-sebelah akak order dan makan awak bayar ngeh3.

Share this nice post:

9 Comments

  • Seorang Syed

    23/04/2017 at 12:04 pm

    Okay jugak kan kak dengan harga macamtu dan dapat air free sekali.
    Dah la sedap, kalau saya pun dah rasa berbaloi dah hehe.

    1. Hernee Nazir

      23/04/2017 at 2:18 pm

      betul tu syed..meh datang sini akak belanja hehehe

  • rabiahtul

    23/04/2017 at 3:00 pm

    rabia tak pernah makan shell out ni ..heheheeee.rabia pandai makan nasi goreng je

    1. Hernee Nazir

      23/04/2017 at 4:24 pm

      hehehe try la rabia..hehe

  • Jom Ke Bazaar Desa Paya Mengkuang Gelang Patah | herneenazir[dot]com

    23/04/2017 at 4:23 pm

    […] di taman kami ni. Memang tak pernah menjejak kaki pun. Semalam masa menyinggah ke bershellout di Norzita’s Station, barulah sempat Ummi ronda-ronda […]

  • Uyul Rosli

    24/04/2017 at 4:34 pm

    murahnyaaa kakk. aduhhhh bila nak belanja uyul nihhh hahah

    1. Hernee Nazir

      25/04/2017 at 2:11 pm

      meh la datang GP

  • maszull

    26/04/2017 at 9:14 am

    assalamualaikum hernee…murahnya harga…bila la nak pi…kalau nak pi mesti hubby suruh buat sendiri kat rumah jer…

    1. Hernee Nazir

      26/04/2017 at 8:42 pm

      waalaikumussalam mama..buat sendiri lg puas hati ek ma

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: