My Hero Kechik - Ilham Syahmi

Abang Ilham at Thomas Town, Puteri Harbour

Cerita semalam, Ummi sebenarnya janji nak bawa hero2 kecil ke Thomas Town hari Khamis. Tapi Adik Syamil masih tak sihat dan warded. Kesian kat Abang Ilham tu dia yang excited bila Ummi kata tak jadi dia dah merengek. Nasiblah Mommy Ngah cuti semalam, jadi minta Mommy Ngah bawa dia sekejap. Tiket free memang ada 2 keping Ummi dapat masa event Thomas Town Mini & Mighty Malaysia Tour expired hujung bulan ni. Rasa sayang kalau tak pergi. Boleh baca entrinya di SINI.

Lebih kurang pukul 11am Mommy Ngah bawa dia ke Puteri Harbour menggunakan khidmat Uber Mama Cu hahaha. Tu ha gembira naik train.

Eh dah berani. Dulu jumpa takut. Ok Ummi memang tak tahu ni karakter apa haha.

Kata Mommy Ngah dia request nak makan kat cafe dalam Thomas Town. Mommy Ngah pun layankan aje. Dah pusing-pusing naik train dan main di kawasan play ground Mommy kata dia ajak balik. Dah penat kata dia. Dia kata tak best kat Thomas nak mai  kat Hello Kitty. Jangan nak berangan tiket th masuk Thomas je ya cik abang.

Rupa-rupanya ada udang di sebalik mee. Dia nak ajak keluar dari Thomas sebab nak ajak Mommy ke Toys R Us. Bertuah betul. Main order je cissss.

Tengok tu muka happy dah dapat satu beg.

Siap Mommy suruh posing dengan beg.

Sampai hospital kumbah beg tu. Sekali Ummi tengok ada 6 kotak puzzle, 1 bekas play doh, 1 train Thomas dan 1 board ABC untuk adik. Tapi semuanya dia angkut bawa balik tadi. Maka adik pun ternganga ABC Abang dah bawa balik hahaha.
TQ lah Mommy Ngah and Mama Cu sudi layan Abang Ilham walaupun memacam ragam dia. Beriya je tu cakap sedih Ummi tak ada. Tapi bila dah menghadap mainan bukan ingat Ummi pun hehe.

Dengar-dengarnya Hello Kitty Town dan Thomas Town ada buat offer. Dua (2) tiket berharga serendah RM65 untuk semua warga Johor. Promosi dari 27 Mac hingga 2 April 2017. Promosi berlangsung di Sutera Mall, Johor Bahru. Bagi warga Johor yang tak pernah bawa anak-anak ke sini bolehlah grab this chance. Hurry up! 

Share this nice post:

Comments

comments

4 thoughts on “Abang Ilham at Thomas Town, Puteri Harbour

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *