31 Days Challenge By JDT Blogger–Day 5

09/01/2017

Photo_20170109_105217-01

cabaran hari ke 5 ni agak mencabar kewibawaan akak nak mencari 6 perkataan menggambarkan diri sendiri. sebab akak takut terpuji diri sendiri ekekeke.

akhirnya akak rasa inilah akak yang sebenarnya. me, myself and i. eceeewaaahhh.

1. peramah – akak bukan puji diri sendiri dik. tapi akak memang layan je sesiapa pun orang yang akak jumpa. kalau kenal lagilah laju mulut akak berbual. kalau tak kenal akak akan cubalah berkenal2an. muka je kadang nampak macam serius. try la bagi mukadimah. awak bagi pantun 2 kerat akak jawab 8 kerat. berani? Smile with tongue out

2. clumsy – ko jangan bagi akak gabra dik. jangan sesekali. serabut ko nak layan akak nanti. akak punya clumsy sampai babah ilhams pun dah lali sangat dah hahaha. bila akak sebut ‘”ehhhh..ehhhh..” secara mengejut tu ada la tu benda yang tertinggal..tercicir.. terjahanam ekekeke.

3. penyedih – ini memang akak tak nafikan. dulu2 akak rajin layan drama/ filem. pelakon nangis tenang2 akak nangis lagi over dari pelakon dik. kalau kat rumah akak selalu memangis berjemaah dengan arwah mak. gasaklah dua beranak sotset2 lap hingus. kat hostel pulak, akak layan kabhi kushi kabhie gham dengan kawan2 sampai berjurai air mata air hidung akak. sampai tersedu sedan. sampai akak rasa hidung besar akak ni tak mampu sedut oksigen lagi dik. over tak akak. sedih sampai tak boleh nak bercakap dik. harap2 roommate akak tak baca entry ni. malu akak kena bahan dik. Crying face

4. degil – akak ni memang ada masa degil juga dik. ungkal kata orang hahaha. masa dr. rajesh decide nak buat c-section masa bersalinkan ilham pun sempat berdegil hahaha. sempat suruh buat CTG sekali lagi nak puaskan hati hahaha. baca2 karakter anak sulong memang ada degil sikit kot ekeke.

5. garang – akak memang garang orangnya. berani sini buat salah. bernanah telinga ko akak tarbiahkan hehehe. poyo. tapi2 garang2 akak ni.. bila akak marah adik2 akak juga yang nangis. diorang relax2 je.

6. happy go lucky – akak memang ceria selalu. kalau ada masalah pun akak masih mampu sembunyikan dik. akak tak suka campur aduk masalah hidup akak dengan tugas2 kat office atau dengan kawan2. akak suka menceriakan hidup orang. akak plan nak masuk maharajalawak mega  akan datang. tapi tak pastilah terpilih ke tak ekeke. akak kena happy2 selalu. akak tak suka aura negatif datang. positive vibes only ok hehehe.

ok itu saja akak rasa. kalau nak ikutkan panjang lebar lagi akak nak cerita. takut nanti ko muntah hijau dik. ehhhhh akak ni tengah bercerita dengan adik mana ni? hahaha. ehhh uolls la yang baca ni kira adik2 akak la kan ehehehe.

babai!

Share this nice post:

10 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: